Pendekatan Holistik Sains dan Agama
salam,

Setelah membelek sepintas lalu buku ini, saya dapati isi kandungannya amat menarik untuk tatapan golongan yang pandai membaca, buku ini bukan untuk saintis sahaja, bukan juga untuk golongan pengajian Agama sahaja, tetapi untuk mereka yang menginginkan pengetahuan tentang pendekatan holistik sains dan Agama. Untuk golongan Agama yang tidak memahami sains dan juga untuk golongan sains yang tidak memahami Agama.Para penulis dalam buku ini terdiri daripada sarjana terulung di malaysia yang sedaya upaya mereka memberi kefahaman kepada generasi pelapis khasnya.
Saya merasakan buku ini merupakan ’sambungan’ kepada buku terbitan DBP terdahulu yaitu “Sains Menurut Perspektif Islam, Cetakan 1996).Inilah sebuah khazanah ilmiah yang amat berguna untuk tatapan mereka yang dahagakan ilmu gabungan sains dan Agama
selamat membaca…
Wacana Sejarah dan Falsafah Sains: Pendekatan Holistik Sains dan Agama Cabaran Ketamadunan
Penyelenggara: Syed Muhammad Dawilah al-Edrus
Penerbit: DBP
No. KK: 297 203085101
No. ISBN: 9789836292834
Tahun Terbitan: 2007
Harga Buku: RM25.00







Komen Terbaru