REVIEW BUKU
Salam,
Untuk ruangan ini saya akan ‘mereview’ buku-buku yang sesuai untuk bacaan orang awam. Maksud orang awam di sini ialah mana-mana manusia yang reti mengeja sama ada mereka itu petani,doktor, ustaz, jurutera, penternak dan lain-lain. Statistik menunjukkan purata buku-buku ilmiah yang di baca oleh rakyat malaysia amatlah rendah. Lebih menyedihkan lagi bahan bacaan yang menjadi kegilaan remaja-remaja zaman sekarang ini adalah majalah-majalah hiburan, novel-novel cinta yang merosakkan minda manusia dan majalah-majalah mistik yang karut marut.
Dengan muka tidak malunya saya melantik diri saya sendiri sebagai orang yang berautoriti untuk memperkenalkan buku-buku yang akan menambahkan ilmu pengetahuan kepada manusia. Buat permulaan hanya buku-buku ringan yang akan diperkenalkan. buku-buku yang saya akan reviewkan ialah buku-buku yang telah di beli dan selamat untuk dibaca. Kerana, antara alasan bodoh yang seringkali kita terima ialah ‘mereka’ yang tidak berminat untuk baca buku-buku Agama kerana takut akan terpesong aqidah mereka. Memang benar, ada buku sedimikian di pasaran tetapi itu bukan alasan mutlak untuk kita tidak membacanya.
Wassalam
2. Pendekatan Holistik Sains dan Agama
3. Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains







Komen Terbaru