Ke Bukit Tagar…

Salam,
Untuk kali ni aku nak letak gmbr2 aku melencong ke bukit tagar (pusat pelupusan sisa pepejal), satu kawasan low profile di mana hanya mereka yg mempunyai arah tujuan sahaja yg akan ke sana. tempat ini bukan untuk makan angin dan menghirup udara segar walaupun sekali imbas menggunakan panca indera penglihatan kawasan ni nampak macam kawasan peranginan, jika menggunakan deria bau, nescaya ramai yg akan termuntah.

Aku nak terangkan pun tak reti, tapi ini boleh dikatakan fasa 1 untuk proses pelupusan sampah (fasa 1 untuk kawasan ini).

Jangan kata aku berlagak pakai sun glasses, ini bukan cermin mata hitam, tapi ini cermin mata dwifungsi untuk rabun jauh dan untuk masa panas/matahari, nama cermin ni sun grey atau pun photo grey,sebab ramai yg keliru igt aku pakai spek itam. masa tu duk atas ntahapapantah, tapi benda tu salah satu tempat proses air sisa pepejal gak..pekat molek.;..

Ini benda yg aku duduk dlm gmbr sebelum ni, sapa2 yg jatuh dalam benda ni, mandi sepuluh kali spa pun tak akan ilang. lemak berkrim…. alangkah eloknya jika di sapu pada roti untuk sarapan…..

Ini dipanggil Reed Bed, jangan salah sangka aku duk di ladang jagung atau gandum, pokok ini merupakan salah satu ‘alat’ untuk merawat air sisa. secara umumnya ia mampu menyerap heavy metal ataupun Logam berat, kat malaysia takde pokok ni, kite import dan membenihnya disini.alangkah baiknya jika pokok ini disumbat dalam mulut geng2 yg berbudaya ‘heavy’ ni.tehehe….

Ini bukan mesin kacau air coklat atau milo, ini mesin nak kacau air yg busuk lagi kotor. cumanya ada yg berbangga bergambar di tempat ini…kehkehkeh…..

Pihak KUB-berjaya ni amat baik,lepas bagi makanan untuk otak kami, makanan badan pulak dibaginya. begitu berselera sekali puak2 ni makan, tanpa menghiraukan persekitaran yg boleh membuatkan seseorang itu muntah hijau jika berada di sini. tapi, di manakah aku ketika ini? adakah aku juga berselera makan lontong dan karipap yg jarang rasanya itu ditemui……hohohoh…(kepala anak sapa tu ye??)

Gambar kenangan dgn senior manager kat sini, en fatimi… No smoking here bro!! The methane will destroy U

Gambar masa nak balik, bas pun kena mandi sebab main benda2 ni…. dalam kepala otak pakcik tu sekarang mesti tgh fikir “balik kampus nanti tak perlu la basuh bas tu sendiri, untung2″…..
Moral untuk saintaian kali ini, jangan kita fikir sesuatu perkara itu tidak berguna hanya disebabkan kejahilan kita. perkara tidak berguna bagi kita,boleh jadi berguna untuk orang lain. sebagai cth, sludge di sini dapat dijual kepada syarikat2 untuk tujuan tertentu. suatu ketika dulu pun manusia tidak tahu kegunaan petroleum hinggala menjadi rebutan saat ini. jangan terkejut satu ketika nanti sesuatu negara mungkin diserang hanya kerana perebutan sisa-sisa pepejal ini…teheheh. Harapan aku ialah, aku nak bukak benda ni kat negeri aku sendiri suatu ketika nanti, sebab lani inilah satu-satunya kat malaysia dan jugak asia.







Komen Terbaru