Tahun baru… Apa yang baru?
tanpanama | Januari 2, 2010Salam,
Disamping ramai yang “lepak” di masjid untuk solat gerhana, ramai juga manusia berjoget berpesta untuk menyambut tahun baru. Saya terfikir apa yang baru untuk tahun baru? yang berubah hanyalah 2009 kepada 2010. Ekonomi negara tidak berubah positif menjelang detik 00:00, yang naik ketika itu ialah harga gula dan harga minyak dunia. Maka kemanisan menyambut tahun baru tidak ada kerana kita menjalankan kempen kurangkan gula dengan menaikkan harga.
Sikap manusia juga tidak berubah ketika detik itu. Malah, ada yang menjadi “monyet” melompat-lompat tak tentu hala.Ramai juga yang “membakar” wang mereka semata-mata untuk melihat bungai api dan bunyi yang merdu berdentum dentam.
Untuk berubah daripada kedekut kepada pemurah tidak memerlukan perubahan tahun, tetapi perubahan dalaman. Tidak ada guna tahun bertambah tetapi sikap kedekut berubah kepada bakhil.
Bagi budak-budak kita jangan ambil kira, sudah tentu mereka akan bersorak gembira kerana mendapat beg baru,kasut baru dan pakaian sekolah yang baru. Ini untuk si kaya, bagaimana pula si miskin? adakah ketika masuk 1 januari 2010 mereka akan kaya sekelip mata. Budak-budak tetap budak-budak, yang baru bagi mereka tidak akan bertahan lama, lama kelamaan akan menjadi buruk juga. Kita yang dewasa tidak mahu yang baru itu akan menjadi buruk. Apa yang kita mahu ialah yang baru akan terus baru dan seterusnya di perbaharui.







saya berharap yang kedekut itu perlu di ubah untuk thun
noname | Januari 10, 2010saya berharap yang kedekut itu perlu di ubah untuk thun baru ini….jgn biarkn diri ini menjadi seorang yang kedekut tak kira dari segi aspek apa…