sejarah kehidupan
tanpanama | April 7, 2009salam,
Apabila kita meninggalkan dunia yang fana ini, menjadi sejarahlah kehidupan kita selagi mana dunia ini belum tamat riwayatnya. Samada sejarah kita akan diketahui umum atau tidak ia adalah perkara yang kedua. Blog ini juga akan menjadi sejarah jika empunya laman ini meninggalkan dunia tanpa meninggalkan pewaris yang kini belum lagi dilahirkan kerana ketika ini tuan punya laman ini belum lagi berkahwin.
Suatu ketika dahulu, saya merupakan “orang kuat tido” dalam subjek sejarah, bukanlah sejarah itu tidak menarik, tetapi disebabkan oleh sebab-sebab yang tidak perlu dinyatakan disini.(walaupun saya mendapat A dalam SPM…:P)
Sejarah mempunyai kehebatannya tersendiri. Dalam al-Quran pelbagai kisah sejarah yang diwahyukan kepada Nabi s.a.w untuk dijadikan petunjuk kepada umatnya. Walaubagaimanapun amat malang sekali hari ini apabila sejarah Nabi s.a.w telah dipalsukan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab yang menyebabkan sedikit sebanyak telah mencemarkan peribadi junjungan kita.
al-Quran “memaparkan” sejarah bukan untuk dibaca berlagu sambil kita syok sendiri sahaja, tetapi pengajaran dan iktibar itulah yang menjadi matlamat kita.
Sukacitanya saya sepanjang kehidupan hingga hari ini saya telah menemui beberapa individu yang sudi berkongsi sejarah kehidupan mereka. Saya menilai salah satu kebijaksaan manusia yang bijaksana dan cemerlang adalah manusia yang sudi berkongsi sejarah kegemilangan mereka. Saya bersangka baik kepada mereka. Bukanlah mereka ingin menunjuk-nunjuk atau bongkak menzahirkan kehebatan mereka, tetapi kadang-kadang sejarah kehidupan merekalah yang akan memberi momentum perubahan kepada diri kita.
Kehidupan kita adalah kehidupan sementara, maka apakah sejarah kegemilangan yang kita akan tinggalkan atas dunia ini? Belajar, bekerja dan berkahwin serta beranak pinak tidak akan menjanjikan kegemilangan dalam kehidupan…







Komen Terbaru