mimpi
tanpanama | Mac 13, 2009
salam,
Seorang pelajar telah berusaha menyelesaikan soalan matematik PMR sebelum tidur, walaubagaimanapun dia gagal menyelesaikanya lalu tertidur, dalam “mimpinya” beliau berjaya menyelesaikan soalan matematik tersebut yang tidak mampu di selesaikan oleh gurunya juga… Persoalannya adakah ini dikira mimpi?? Sejak dari dulu kala lagi saintis sekular telah sedaya upaya mengkaji tentang mimpi ini, tetapi mimpi hanyalah mimpi yang tidak mungkin akan memberikan kepastian 100%, kerana kajian mereka memisahkannya dengan Agama.
Ketika saya sedang menulis entry ini saya berada dalam hampir 100% sedar dengan mata yang celik, minda yang terbuka dan lapang dadanya. Ini bukan mimpi, mana mungkin dalam mimpi saya dilihat oleh orang yang sedar dan waras otaknya.Alkisahnya saya menulis tentang mimpi ini kerana saya telah bermimpi yang benar dalam dunia realitinya tentang sesuatu perkara malahan mimpi itu berlaku ketika mana saya tertidur dalam kelas reka bentuk konkrit prategasan.








Komen Terbaru