baik
tanpanama | Februari 17, 2009

salam,
Dalam dunia ini ada dua perkara, “baik & jahat”. Ini sememangnya telah ditetapkan oleh Allah s.w.t suatu ketika dahulu dalam sifat makhlukNya. Apabila adanya baik sudah tentu adanya jahat.
Untuk menjadi baik, sudah tentu tidak semudah untuk menjadi jahat. Kerana apabila lahirnya manusia sudah “ditanamkan” kepada mereka nafsu dan syaitan. Inilah kemuncak halangan dalam diri manusia.
“baik” adalah perkara subjektif jika kita meletakkan akal mengatasi wahyu untuk menilainya, Islam ‘turun’ ke dunia ini untuk men ’standard’kan baik pada tempat yang betul. Adakah dikira baik seseorang non-muslim itu mendermakan wangnya untuk tabung masjid? saya pernah melihat keadaan demikian, jawapannya adalah TIDAK!!!, kerana ia bukan Muslim. Sama juga wanita yang berusaha untuk mencari tempat solat, tetapi dalam masa yang sama wanita itu berpakaian seksi dan mencolok mata.
Baik pada pandangan manusia tidak semestinya baik pada pandangan Tuhan yang Esa. Bagaimana untuk mempastikan setiap perbuatan itu baik pada pandangan Allah s.w.t ? Sudah tentu dengan pentafsiran quran dan sunnah dengan akal yang sejahtera. Tidak baik pada pandangan manusia belum tentu tidak baik pada pandangan Allah s.w.t
Saya merupakan insan yang ingin berubah menjadi semakin baik dan terus baik , semoga hari esok lebih baik daripada hari ini. insya Allah.







Komen Terbaru