Yang berlalu biarkan berlalu
tanpanama | Disember 31, 2008salam,
Ramai orang berniat untuk menjadi lebih positif dan terus positif, tetapi berapa ramai yang mampu melaksanakan niat mereka?. Saya merupakan salah seorang manusia yang berniat untuk mengurangkan dosa meningkatkan pahala, sebagai seorang manusia biasa, sudah tentu saya tidak dapat mengelakkan dari melakukan dosa…samada dengan sengaja atau tidak,dosa tetap dosa. Bagaimana dosa ini wujud jikalau bukan kerana kelemahan yang ada pada diri ini…
Zaman baru sudah tiba, zaman penuh kemelesetan ekonomi, zaman kehancuran gaza dan pelbagai zaman akan tiba tidak lama lagi.. masa terus bergerak, tetapi masih ada manusia yang duduk di takuk lama merenung “history” mereka yang terdahulu..kegemilangan & kegelapan masih ‘menghantui’ mereka.
Anehnya manusia ini, walaupun dikurungi oleh dosa silam ,tetapi hanya duduk termenung mengharapkan bantuan ehsan manusia. Keampunan dosa bukan dari manusia tetapi dari Yang Maha Esa. Ibarat menunggu neraka menyinggah dimuka. Amatlah tidak waras jika manusia itu berjalan kehadapan sambil mukanya berpaling ke belakang.










Komen Terbaru