Tanpanama Infiniti

minda dunia tanpa sempadan
  • rss
  • Home
  • SANTAI
    • Ke Bukit Tagar…
    • 10 Zulhijjah 1428
    • Program Kitar Semula
  • KULIAH
    • Sahih Bukhari
    • Sahih Muslim
    • Sunan Abu Daud
  • KEBAJIKAN
    • Derma Kautsar
  • ARTIKEL/BERITA
    • Pelajar universiti hanya baca 12 buku
    • Tools Make Understanding Air Quality
    • Wahai pemimpin! kemewahan diri bukan kehebatanmu
    • Peranan ummah jaga alam
    • Hakikat Perubahan Cuaca Dunia: Malaysia Tidak Terkecuali
    • Climate Change: Natural Phenomenon or Human Factor?
    • 5 pilihan atasi polemik ternak babi
    • EPA Lays Groundwork for Promising Technologies to Help Mitigate Climate Change
    • Insan genius jadi pengebom bersiri
  • REVIEW BUKU
    • Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains
    • Fahami al-Quran
    • Pendekatan Holistik Sains dan Agama
    • 50 Tokoh Islam Liberal INDONESIA
    • Manusia dan Kemanusiaan
  • PROFIL

Kontra…Konflik

tanpanama | Mei 31, 2008

salam,

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai. ( Ali Imran 3:103)

Selama 23 tahun saya hidup di dunia yang ’serba’ lengkap ini terlalu banyak saya perhatikan konflik yang wujud dalam masyarakat kita ini. Konflik yang wujud kadang-kadang hanyalah merupakan hasil percanggahan pendapat yang tidak seberapa besar isunya.Dalam kehidupan seharian kita, sudah pasti kita tidak dapat lari dari berbeza pandangan sama ada dengan ahli keluarga, rakan-rakan, majikan kita ataupun dengan pemerintah kita sendiri.

Read the rest of this entry »

Comments
No Comments »
Categories
Mindaku
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Perubahan Iklim & Krisis Air

tanpanama | Mei 27, 2008

salam,

Di malaysia, kita masih lagi leka dengan suasana yang ‘basah’, semburan air yang bersih lagi tidak terhad membuatkan kita lama dalam bilik air, ntah apa yang dibuat sebegitu lama…. Tetapi, tahukah kita bagaimana nasib dengan saudara kita di luar sana? berjumpa seteguk air ibarat terjumpa sejongkong emas. Bersorak keriangan kanak-kanak kerana dengan seteguk air itu sudah dapat memberikan mereka harapan agar terus hidup.

Suhu dunia semakin hari semakin meningkat tanpa kita sedari dek selesa dengan aircond dan kipas cap ayam. Akibat pengeluaran Carbon yang tidak terkawal, berserta dengan kajian terbaru menyatakan kesan jelaga menyebabkan pemanasan global. Menurut pakar di pusat penyelidikan perubahan iklim di Universiti Malaya, Pemanasan Global merupakan faktor utama perubahan iklim ini. Hujan tidak menentu, banjir kilat sana sini tanpa disangka-sangka, musim empat tidak menepati tarikh yang sepatutnya dan lain-lain.

Apa kaitan perubahan Iklim dengan krisis air?, Walaupun suhu dunia dijangka terus meningkat , tetapi kadar hujan yang turun juga di jangka meningkat. Sekali imbas tiada apa ‘kerugian’ disini kerana kita akan menyangka sumber air tidak terputus, tetapi benarkah demikian rupa? adakah air dari hujan tersebut dapat kita gunakan untuk minum? selamat untuk di mandi-manda?

Penyakit berasaskan air seperti water-born desease, water-based desease menjadi igauan penduduk dunia. Berada di air kelantan sdn bhd sedikit sebanyak membuka minda saya tentang krisis air yang bakal tiba (berdasarkan ramalan saintifik). Maka, apakah solusinya? Kemungkinan malaysia akan menjadi seperti singapura dengan produk newwaternya, atau melakukan ijtihad yang baru menggunakan kaedah al-Qiyas melalui proses istihalah?……

When the well’s dry, we know the worth of water…

Wassalam.

Comments
No Comments »
Categories
Hipotesisku
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

LI

tanpanama | Mei 25, 2008

salam,

Tiada apa perkara ‘baru’ untuk di tulis (masa akan datang, Insya Allah), sekadar ingin menceritakan pengalaman menjalankan Latihan Industri (LI) seminggu dua ini. Kesibukan menjalani praktikal dan masalah server blog ini membuatkan saya tidak ‘bersemangat’ untuk meng’update’ blog ini.

Saya sekarang sedang menjalani LI di Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) selama 2 bulan sebagai syarat untuk mendapatkan 2 jam kredit secara ‘percuma’. Berada disana memberi pengalaman yang baru kerana inilah pertama kali saya didedahkan selok belok alam pekerjaan sama ada di ofis yang seharian di hembusi angin aircond yang menyebabkan sakit kepala atau di loji-loji yang di hingarkan oleh mesin-mesin yang bergerak 24 jam non stop.

Uniknya di AKSB ini, setiap ahad jam 8.30 - 9.30 pagi semua stafnya di diwajibkan menghadiri kuliah Agama, Waktu zohor & asar pula stafnya digalakkan berjemaah dan selepas asar pula mereka digalakkam bertadarus. Saya merasakan jika ada pun company yang buat sedemikian adalah 1 daripada 1000, atau mungkin tiada langsung. Prestasi pekerja AKSB bukanlah di nilai dengan semburan manis kata-kata, tetapi berdasarkan kualiti hasil kerja dan juga prestasi rohani mereka.

Berada di jabatan perancangan sedikit sebanyak menambahkan ilmu pengetahuan saya yang sememangnya tiada dalam silibus universiti, Sekali sekala turun ke unit sambungan baru untuk melihat tatacara kaedah untuk membuat sambungan baru dan sebagainya.

Hanya sekadar ini sahaja untuk kali ini.. banyak lagi yang belum diceritakan

Wassalam

Comments
No Comments »
Categories
Mindaku
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Prinsip Keabadian Doa

tanpanama | Mei 12, 2008

Salam,

Seorang pelajar sains tentu pernah mendengar prinsip keabadian tenaga, samada dalam subjek fizik ataupun kimia. Bagi pelajar universiti yang mengambil mana-mana kursus yang berkaitan dengan sains & teknologi tentulah prinsip ini selalu didengari. Prinsip keabadian tenaga ialah secara kasarnya boleh ditakrifkan sebagai tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi tenaga boleh di ubah bentuk kepada bentuk-bentuk yang lain. Walaubagaimanapun adakah tenaga itu betul-betul abadi? bagaimana tenaga pada kiamat kelak? adakah tenaga tidak dimusnahkan bersama dengan dunia ini?

Read the rest of this entry »

Comments
No Comments »
Categories
Mindaku
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Tiada lagi bohsia…

tanpanama | Mei 9, 2008

salam,

Suatu ketika dulu, malaysia di hingarkan dengan isu bohsia, satu isu yang tidak akan tamat rasanya. perkataan “bohsia” sama juga dengan istilah pengkid, merupakan satu perkataan baru yang wujud pada abad ke 20. Semenjak saya memasuki dunia universiti, semakin berkurangan istilah bohsia di gunakan, sama ada bohsia sudah pupus di malaysia atau masyarakat kita sudah lali dengan bohsia?

Jawapan yang paling tepat ialah, ‘bohsia’ tidak pupus, tetapi virus-virusnya menjalar ke pelosok anak-anak gadis di malaysia. Salah satu bukti yang nyata ialah, hampir 90% wanita malaysia berseluar jeans ketat (termasuk berpengajian majoring syariah/usuluddin dan sebagainya), ini belum termasuk wanita berpakaian ’sopan’ kononnya, tetapi dalam masa berzina. Di kebanyakani IPT malaysia, pelajar wanita yang berpakaian sopan boleh di kira menggunakan jari jemari.

Bohsia pada pandangan saya adalah berdasarkan pakaian mereka dan tahap sosial mereka, jika mereka berpakaian ketat sehinggakan seperti kulitnya tidak dapat bernafas,kita boleh namakan mereka bohsia.(ini hanyalah pandangan semata-mata, masih boleh dibahaskan lagi)

Kadang-kadang saya pening untuk ‘mengecop’ seseorang itu bohsia atau tidak. Ada yang bertudung labuh/purdah pada zahirnya tetapi bohsia pada batinnya,kenapa begitu??lihatlah sendiri pelajar Agama berpakaian ‘ustazah’ bila di fakulti,tetapi bertukar kepada bohsia bila diluar fakulti.

Jika di lihat pada sudut kekeluargaan, kadang-kadang kita dapati ibubapa berperibadi waraq, tetapi dalam masa yang sama membiarkan anak-anak gadisnya berpakaian tidak mengikut syarie. Akibat sudah terbiasa dengan keadaan ini, masyarakat sudah tidak dapat membezakan yang mana satu bohsia dan yang mana satu tidak, maka tiada lagi istilah bohsia.Adakah 90% perempuan hendak “dibohsiakan” kesemuanya??

sabda Rasulullah s.a.w

“Wanita itu (keseluruhannya) adalah aurat” . (Riwayat termidzi)

Comments
No Comments »
Categories
Mindaku
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Kajian Iklim: Pentafsiran Nas & Ramalan Saintifik - Part I

tanpanama | Mei 7, 2008

salam,

Dalam suatu seminar antarabangsa yang saya hadiri baru-baru ini, salah satu kertas kerja yang menarik perhatian saya ialah ramalan hujan 70 akan datang yang di buat oleh NAHRIM (sebuah badan kerajaan yang menjalankan penyelidikan berkenaan hidrolik/hidrologi). Seminar itu di hadiri oleh saintis dari pelbagai negara untuk membincangkan tentang perubahan iklim dan cuaca melampau yang menimpa dunia masa kini.Takrif iklim mengikut Panel Antarabangsa Mengenai Perubahan Iklim (The Intergovernmental Panel on Climate Change) (IPCC) adalah:

Iklim boleh ditakrifkan sebagai “cuaca secara purata”, atau lebih tepat lagi, iklim boleh diertikan sebagai keterangan statistikal mengenai purata dan perubahan kuantiti-kuantiti relevan dalam suatu jangkamasa beberapa bulan hinggalah ke ribuan ataupun jutaan tahun. Tempoh klasik adalah 30 tahun, yang ditetapkan oleh Badan Kajicuaca Sedunia (World Meteorological Organization). Kuantiti-kuantiti ini terdiri dari suhu, hujan dan angin. Iklim secara lebih meluas, adalah keterangan statistik mengenai sesuatu sistem cuaca.

NAHRIM menjangkakan hujan di negeri kelantan dalam tempoh 70 tahun akan datang akan meningkat kepada belasan peratus, begitu juga dengan negeri semenanjung yang lain yang juga akan mengalami beberapa peningkatan. Ramalan dibuat ini bukanlah kerana mereka inginkan hujan turun dengan lebih banyak, tetapi kerisauan mereka tentang akibat pemanasan global yang mengubah iklim dunia akan menyebabkan dunia mengalami kebanjiran yang melampau

Ramalan itu juga telah mengingatkan saya kepada ayat ke 18 surah al-Mu’minuun yang bermaksud:

“Dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran; lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya.”

Ramalan saintifik bukanlah seperti ramalan pak nujum belalang, ramalan mereka berdasarkan kepada data-data yang mereka perolehi dan dikaji dengan mendalam oleh mereka. Walaubagaimanapun terdapat perkara yang lebih menarik lagi iaitu hubungkait antara ramalan saintifik dan pentafsiran al-Quran.
Dalam suatu tafsiran, Ibnu abbas mengatakan bahawa hujan tahunan turun dengan kadar yang tetap, Ini tidak mustahil untuk di ukur kerana zaman sekarang ukuran hujan boleh di buat dengan menggunakan unit “mm”. Data yang diterima oleh saya menyatakan bahawa kadar purata hujan tahunan di malaysia ada 2500mm.

Disini kita dapati ada ‘percanggahan’ antara pentafsiran dan ramalan saintifik yang buat oleh NAHRIM. Sebagai seorang Ahli sunnah wal jamaah, seseorang itu tanpa mengikut profesion mereka mestilah berpegang dengan prinsip bahawa sains yang sebenar tidak akan bercanggah dengan al-Quran.

Maka apakah jawapan dan kesimpulan saya? tunggu dan lihat……

Wassalam.

Comments
No Comments »
Categories
Hipotesisku
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Psikologi, Kitaran Hidrologi & Atmosfera

tanpanama |

Salam,

Saya tidak pasti adakah sudah di buat kajian khusus kaitan antara kitaran hidrologi, psikologi dan atmosfera secara spesifik, kerana berdasarkan pembacaan saya yang terhad sumbernya, yang ada hanyalah kaitan antara alam sekitar dengan psikologi, pengkajian ini adalah terlalu luas dan tidak terlalu spesifik.

Persoalannya adakah kitaran hidrologi mempengaruhi psikologi manusia? jika boleh…sejauh manakah ia mempengaruhinya?. Jika kita mengambil sudut kerpasan yang turun atau istilah orang putihnyadi panggil precipitation, seperti hujan, salji atau apa-apa bentuk air yang turun dari langit… adakah psikologi manusia akan dipengaruhi secara total?.

Begitu juga dengan atmosfera, yang dibahagikan dengan beberapa peringkat seperti troposfera, stratosfera, mesosfera dan thermofhera. Setiap peringkat itu mempunyai beberapa fungsi tersendiri yang mampu mempengaruhi kehidupan manusia seharian. Setiap lapisan tersebut boleh jadi akan membuatkan manusia tersenyum, menangis atau sebagainya,t idak mustahil  juga membuatkan manusia menjadi spastikman, Inilah bukti Kehebatan dan kebesaran Yang Maha Mencipta bagi mereka yan memerhatikannya.

Comments
No Comments »
Categories
Hipotesisku
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Anak Sulung Perempuan & Psikologi

tanpanama |

salam,

Sejak dari peringkat menengah lagi saya sedaya upaya untuk mengumpul bahan tentang psikologi anak sulung perempuan yang belum berkahwin. Namun sehingga hari ini belum lagi terjumpa buku yang betul-betul spesifik membincangkan masalah psikologi anak sulung perempuan. Walaupun idea ini datang 6 atau 7 tahun dahulu, tetapi saya merasakan ia masih relevan untuk di bincangkan.

Permasalahan psikologi bukanlah mesti dirujuk 100% pada buku kerana perkara ini adalah perkara dinamik bukan statik. Mungkin sudah ditakdirkan perjalanan hidup saya yang tidak diketahui bila penamatnya menemukan saya dengan ramai anak sulung perempuan, sehinggakan sekali imbas sahaja saya dapat meneka seseorang perempuan itu anak sulung atau pun tidak (walaupun begitu ketepatannya bukanlah 100%).

Kaedah untuk mengecam sama ada perempuan itu anak sulung atau pun tidak bukanlah bergantung pada psikologi semata-mata, kadang-kadang bentuk badan, fizikalnya dan pergerakan mulut boleh dijadikan sumber rujukan.

Mungkin belum masanya lagi untuk saya menulis tentang sifat-sifat mereka atau pun langkah berjaga-jaga untuk menghadapi mereka kerana perkara ini masih lagi berada di peringkat hipotesis walaupun sudah bertahun-tahun proses pengkajian secara tidak rasmi di lakukan.

Sesiapa yang ingin turut serta dalam proses pengkajian ini bolehla menghubungi saya untuk berkongsi idea ataupun sebarang pro dan kontra juga boleh di terima. Perlu di ingatkan bila disebut tentang kajian, saya bukanlah menjadikan seorang perempuan itu sebagai bahan experimen seperti mana seorang saintis mengkaji seekor tikus. Anggaplah ia sebagai suatu kajian untuk kemaslahatan bersama.

Comments
No Comments »
Categories
Hipotesisku
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

1001 tentang Ilmu… Part I

tanpanama | Mei 2, 2008

salam,

Dalam kesibukan untuk menjadi mutjahid moden (kononnya) masih lagi sempat untuk menulis sepatah dua. Dari sudut komunikasi, penulisanlah yang menghubungkan kita dengan mujtahid-mujtahid mutlak zaman dulu…bukan dengan audio ataupun video, maka tidak salah jika saya ingin mencontohi mereka untuk membuat aset sebanyak mungkin agar dapat ‘menolong’ saya pada hari pembalasan kelak.

Hidup di kelilingi mereka yang berilmu amat menyeronokkan hati dan minda. Bagi mereka yang cintakan ilmu, ia adalah hiburan kepada diri, bukan lagu ataupun buku2 komik yang melalaikan..bukan jua perempuan ataupun wang ringgit sehinggakan ada yang tidak berkahwin kerana terlalu cintakan ilmu. Walaupun begitu hidup berdepan mereka yang berlagak berilmu amat membosankan dan membencikan. 1001 pengalaman diri ini sudah cukup untuk menyatakan orang yang berlagak berilmu ini adalah sebenarnya langsung tidak berilmu.

Jika diperhatikan sama ada dunia ‘online’ atau ‘offline’ seringkali kita akan perhatikan sesetengah manusia ‘mengangkat’ dirinya supaya kelihatan berilmu. Ada yang menulis di frensternya membaca buku itu dan ini, mungkin hanya pernah melihat tajuk buku tersebut.. ada juga yang mengakui tesis sarjana muda nya sehebat tesis master ataupun PHD. Walhal jika pensyarah mengatakan kepada pelajar tersebut tesis sarjana mudanya setanding dengan tesis master menunjukkan pensyarah itu sebenarnya seorang yang tidak berilmu.

Selalunya mereka yang berlagak berilmu ini kurang untuk menerima pendapat orang lain…mungkin kerna memikirkan orang lain tidak berilmu setanding dengannya…atau mungkin pandangan orang lain akan ‘menjejaskan’ keilmuannya.

Sebenarnya hanya orang berilmu sahaja yang boleh menilai seseorang yang lain berilmu atau tidak. Lihatlah seorang tokoh hebat dari pantai timur, tidak pernah mengakui berilmu tetapi di akui oleh kawan mahupun lawan. Dalam sebuah hadith yang panjang sahih muslim bernombor 1859, Allah s.w.t akan melemparkan mereka (dalam neraka) yang mengajar ilmu kerana ingin menunjukkan dirinya alim. Terlalu banyak hadith tentang pembalasan bagi mereka yang ingin ‘mengangkat’ dirinya sebagai seorang berilmu

Ilmu bukanlah digunakan untuk meninggi diri, semakin berilmu semakin merendah diri seseorang itu. Allah s.w.t berfirman: ” Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.(al-Mujaadilah:11). Orang yang berilmu dengan ikhlas tidak perlu pujian-pujian dari manusia tentang keilmuannya, manusia tidak akan hidup dengan pujian manusia atau mati dengan cacian manusia…Allah s.w.t sendiri mengiktiraf mereka yang berilmu jika mereka ikhlas.

Sebagai seorang penuntut ilmu yang ikhlas, ilmu bukanlah digunakan untuk menunjuk-nunjuk mahupun berlagak, asbab ilmu menyebabkan kita masuk syurga, asbab ilmu juga menyebabkan kita dilemparkan ke neraka.. kita kembali ke asalan.Untuk apa kita menuntut ilmu???…

bersambung kepada part II (kemungkinan akan sampai ke part 1001, siapa tahu?? :P )

Comments
1 Comment »
Categories
Mindaku
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Kategori

  • Hipotesisku
  • Mindaku

Sumber Ilmu

  • al-Quran
  • Darul Kautsar
  • DOE
  • E-Hadith
  • EPA
  • Geo & Mineral
  • Meteorologi
  • MINT
  • Multaqa
  • USGS
  • WMO

ShoutBox

Last Message 1 month ago
  • luqman hakim : tentara alloh tak kan pernah kalah. mari bersama kita musnahkan kesesatan.
  • qohar : syiah lebih parah dari yahudi
  • hamdan : bersama, kita musnahkan syiah. karena mereka sesat dan menyesatkan.
  • Pierre : Your shoutbox is blank. Add a message!

Kiriman Terbaru

  • kaki judi
  • Mula bekerja
  • Pelaburan Tanpa Rugi!!!
  • Tahun baru… Apa yang baru?
  • Arah Mana?
  • berfikir
  • pedulikah kita?
  • sejarah kehidupan
  • mimpi
  • baik

Laman

  • ARTIKEL/BERITA
    • 5 pilihan atasi polemik ternak babi
    • Climate Change: Natural Phenomenon or Human Factor?
    • EPA Lays Groundwork for Promising Technologies to Help Mitigate Climate Change
    • Hakikat Perubahan Cuaca Dunia: Malaysia Tidak Terkecuali
    • Insan genius jadi pengebom bersiri
    • Pelajar universiti hanya baca 12 buku
    • Peranan ummah jaga alam
    • Tools Make Understanding Air Quality
    • Wahai pemimpin! kemewahan diri bukan kehebatanmu
  • KEBAJIKAN
    • Derma Kautsar
  • KULIAH
    • Sahih Bukhari
    • Sahih Muslim
    • Sunan Abu Daud
  • PROFIL
  • REVIEW BUKU
    • 50 Tokoh Islam Liberal INDONESIA
    • Fahami al-Quran
    • Manusia dan Kemanusiaan
    • Pendekatan Holistik Sains dan Agama
    • Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains
  • SANTAI
    • 10 Zulhijjah 1428
    • Ke Bukit Tagar…
    • Program Kitar Semula

 

Mei 2008
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

  • Mei 2010
  • Februari 2010
  • Januari 2010
  • November 2009
  • Julai 2009
  • Mei 2009
  • April 2009
  • Mac 2009
  • Februari 2009
  • Januari 2009
  • Disember 2008
  • November 2008
  • Oktober 2008
  • September 2008
  • Ogos 2008
  • Julai 2008
  • Jun 2008
  • Mei 2008
  • April 2008
  • Mac 2008
  • Februari 2008
  • Januari 2008
  • Disember 2007
  • November 2007
  • Oktober 2007

Komen Terbaru

  • wani bagi Yang Pelik Itu Benar???
  • anarela bagi Haramkan rokok, bukan tak nak merokok!!!
  • izzat bagi Yang Pelik Itu Benar???
  • Wan bagi Perfume, Rambut & Sunnah??… Part 1
  • mamat bagi Konsep Pembangunan Lestari Di Negeri Kelantan - Part 1

Spam Blocked

4,681 komen spam
disekat oleh
Akismet

Meta

  • Log masuk
  • RSS Entri
  • RSS bagi komen-komen
  • WordPress.org
rss Comments rss valid xhtml 1.1 design by jide powered by Wordpress get firefox