Selangor & ‘Baby’…
tanpanama | April 8, 2008salam,

Sebenarnya saya tidak berminat untuk meng’update’ blog ini dalam sehari dua kerana masih lagi dalam proses ‘Beruzlah’ kononnya. Tetapi isu babi di selengor menggatalkan tangan untuk menulis sedikit sebanyak tentang babi. Saya berasa hairan dengan kerajaan campuran selangor yang nampak menyokong ternakan babi ini dengan secara meluas, dengan projek yang bernilai mencecah RM100 juta (sumber Berita Harian), suatu angka yang sungguh besar.
Fobia rakyat malaysia khususnya kaum melayu terhadap babi boleh dianggap berada tahap maksimum, sehinggakan pernah sekali saya menguji seberapa manusia. Saya mengatakan bahawa jika terkena babi tidak perlu disamak, tetapi cukup sekadar basuh menggunakan air… respon yang saya terima tentula saya disama tarafkan dengan ayah pin. Sedangkan kenajisan babi adalah masalah furu’ sama ada dibasuh atau disamak, masalah ini kita berlapang dada.
Walaupun ini bukanlah projek mega kerajaan negeri itu sendiri tetapi profitnya sedikit sebanyak akan masuk juga ke dalam akaun kerajaan selangor. Sedangkan telah menjadi ijma’ umat Islam bahawa babi itu adalah najis sehinggakan imam syafie mengqiaskan penyucian anjing kepada penyucian babi, dan juga telah menjadi ijma’ pengharaman penjualan naji, yakni akad urusan jual beli ini tidak sah. (kecuali najis2 yang yang ada faedah seperti najis kelawar dan lain2) . Kilang arak pun masih tidak ditangani lagi, adakah masih ingin menambah ‘dosa’ dengan ‘menternak’ babi.
Alasan yang digunakan untuk meneruskan projek ini ialah kerana telah menetapi garis panduan yang ditetapkan,iaitu telah mendapat ‘kelulusan’ EIA (environmental impact assessment). Tetapi benarkah projek itu telah dijalankan EIA? sedangkan syarat menjalani EIA mestilah di ambil kira pandangan umum ataupun di istilahkan sebagai public participation. Mengapa masih ada manusia di sekitar tapak projek tersebut masih mengadakan demonstrasi jika EIA sudah dijalankan?. Adakah mereka masih tidak mempelajari pengalaman dulu kala di mana virus nipah menjadi igauan manusia-manusia.
Dalam satu majalah baru-baru ini, ‘aliran pertengahan’ sibuk mengkritik kerajaan serawak yang meluluskan pembinaan kilang pengekstrakan alumnium, kerjasama antara syarikat rio tinto dan cahya mata. Kononnya kesan daripada sisa kilang tersebut yang mengeluarkan cyanide akan mencemarkan sungai serawak. Saya menunggu respon mereka berkenaan isu ini…..sama ada mereka pro atau kontra, samaada mereka betul-betul cintakan alam sekitar atau sekadar gimik politik.
Rakyat melayu semakin hari semakin kehilangan tanah, adakah masih ingin memberi tanah kepada babi?, haiwan yang paling hina atas muka bumi ini!!manusia tidak akan sedar selagi mereka tidak tidak menerima pembalasan, tahukah mereka bahawa salah satu faktor berlakunya psikologi abnormal adalah sebabkan kerana persekitaran yang abnormal?. Dengan persekitaran yang busuk dan kotor, psikologi manusia akan terganggu dan jika ia berterusan tidak mustahil akan melahir kan manusia ‘terencat’ akal versi baru.
Isu babi tidak akan selesai hingga menjelangnya hari kiamat, Dalam sahih Muslim hadith no.127 Rasulullah s.a.w bersabda: “Demi Allah yang jiwaku di tangan Nya, sesungguhnya telah dekat masanya ‘Isa anak Maryam akan turun di tengah-tengah kamu. Dia akan menjadi hakim yang adil, akan dihancurkannya salib, dibunuhnya babi, dihapuskannya pajak, dan kekayaan akan melimpah ruah, sehingga tidak seorang pun lagi yang bersedia menerima pemberian.”
Kata Ibn Hajar: Maksudnya: memerintahkan dilenyapkan babi-babi, sebagai menyerlahkan ia haram dimakan. Ia juga membawa erti celaan kepada kristian yg mendakwa pengikut Nabi Isa kemudian mereka menghalalkan makan babi dan menyukainya. (Fathul Bari 4/414).
Sayyid Qutb, seorang ilmuwan terkenal, berkata: “Sesetengah manusia mungkin menyatakan bahawa peralatan masakan moden mampu menghapuskan kewujudan cacing-cacing ini dengan menggunakan suhu yang tinggi, akan tetapi mereka alpa dengan fakta bahawa ia mengambil berkurun lamanya untuk mereka mengetahui tentang wujudnya satu penyakit. Siapa yang boleh menjamin bahawa tiada lagi penyakit yang bakal ditemui di dalam daging khinzir? Adakah kita tidak sepatutnya mempercayai undang-undang suci yang telah mendahului sains manusia semenjak kurun yang ke 10 dan membiarkan ia memberi kita penyelesaian ke atas perkara yang berkaitan? Adakah kita tidak sepatutnya berpegang kepada undang-undangnya yang mana halal dan haram datang dari Tuhan kita yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui?”. Kesimpulannya, apa relevannya menternak babi?. Jika ingin memakan babi juga, ternaklah babi laut (jika ada) atau anjing laut untuk makan, kerana Dr Yusuf al-Qardhawi berkata dalam kitab halal-haramnya semua binatang laut adalah halal di makan termasuklah babi laut…
Wassalam.







Komen Terbaru