Tanpanama Infiniti

minda dunia tanpa sempadan
  • rss
  • Home
  • SANTAI
    • Ke Bukit Tagar…
    • 10 Zulhijjah 1428
    • Program Kitar Semula
  • KULIAH
    • Sahih Bukhari
    • Sahih Muslim
    • Sunan Abu Daud
  • KEBAJIKAN
    • Derma Kautsar
  • ARTIKEL/BERITA
    • Pelajar universiti hanya baca 12 buku
    • Tools Make Understanding Air Quality
    • Wahai pemimpin! kemewahan diri bukan kehebatanmu
    • Peranan ummah jaga alam
    • Hakikat Perubahan Cuaca Dunia: Malaysia Tidak Terkecuali
    • Climate Change: Natural Phenomenon or Human Factor?
    • 5 pilihan atasi polemik ternak babi
    • EPA Lays Groundwork for Promising Technologies to Help Mitigate Climate Change
    • Insan genius jadi pengebom bersiri
  • REVIEW BUKU
    • Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains
    • Fahami al-Quran
    • Pendekatan Holistik Sains dan Agama
    • 50 Tokoh Islam Liberal INDONESIA
    • Manusia dan Kemanusiaan
  • PROFIL

E-Lection…

tanpanama | Februari 27, 2008

salam,

Musim pillihanraya membuatkan aku gatal tangan untuk menulis sedikit sebanyak tentang pilihanraya. Setiap hari membelek akhbar hanya dipenuhi dengan isu pilihanraya, langsung tiada isu lain yang lebih penting seperti moral, climate change, global warming atau pun banjir walhal perkara ini bukannya perkara yang boleh di tukar 5 tahun sekali tetapi melibatkan suatu perkara yang tidak diketahui jangkamasanya.

Aku bukan ahli politik apatah lagi sebagai seorang pelajar kakiku,tanganku dan mulutku di ikat oleh AUKU dibawah perkara 15(1), 15(2) dan 15(3). walaupun begitu perkara yang aku nak tulis adalah diluar perkara AUKU, maka tidak menjadi masalah sekiranya aku meluahkan sedikit sebanyak pendapatku, kerana malaysia adalah negara demokrasi.

Perkara yang aku seringkali terfikir iaiah, mestikah seorang calon itu seorang yang kaya raya?adakah orang miskin tidak boleh di calonkan? Sebenarnya apakah tujuan sebenar pemilihan calon dibuat?. Dalam satu berita yang aku dengari tidak lama dulu, ada seorang calon yang aku tidak pasti dari parti mana, tetapi kenyataannya berbunyi dia berasa bersyukur kerana dicalon kan, dan mengatakan ia adalah rezeki… Adakah menjadi calon itu di kira mendapat rezeki?ataupun tersasul menyebut hasrat tersirat dalam hatinya?

Padaku dicalonkan adalah suatu beban,bukannya rezeki. Menjadi seorang pemimpin bukannya mudah seperti makan nasik (walaupun zaman sekarang masih ada yg susah nak makan nasik). Nabi s.a.w sendiri melarang seseorang itu meminta-minta jawatan, Larangan ini kita boleh dapati dalam hadith baginda yang bermaksud:

Daripada Abu Musa r.a. (Allah telah meredhainya) katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.a.w.. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya.(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jawatan di dalam Islam adalah amanah dan ianya diterima dengan tanggungjawab dan perasan takutkan Allah sedang mereka yang memintanya atau tamakkannya adalah tanda golongan yang tidak merasai besarnya tanggungjawab di hadapan Allah. Maka menjadi tanggungjawab ke atas sesiapa yang mempunyai kuasa menentu dan memilih untuk tidak memilih mereka yang tamakkan kuasa. Sebab itu dalam Islam sendiri syarat untuk seseorang itu menjadi khalifah (pemimpin) adalah sangat ketat sekali yakni bertaraf mutjahid. Tetapi, di zaman yang penuh dengan korupsi, hipokrasi dan urbanisasi maksiat ini di mana kita hendak mencari seorang mujtahid?.

Pilihanraya bukannya hanya sekerat jalan di dunia sahaja, tetapi ia melibatkan perkara yang akan berlaku pada hari pembalasan kelak, siapa yang berpandangan jauh yakni seorang yang bijaksana dia akan selamat tetapi yang berfikiran sempit dan bijaksini sudah tentu sebaliknya.

Wassalam dan Selamat Mengundi!!!

Comments
No Comments »
Categories
Mindaku
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

30%…

tanpanama |

Salam,

Hari ini 27/02 tamat sudah seminar antarabangsa aku di UKM. Seminar ini secara umumnya berkenaan dengan Climate Change & Xtreme Weather. Ramai wakil-wakil dari dalam dan luar negara yang datang untuk berkongsi ilmu tentang climate,sama berbentuk kronologi, kaedah untuk mengatasi ,jangkaan dan sebagainya. Walaubagaimanapun 70% daripada keseluruhan kertas kerja seminar tersebut aku tidak faham. Ertinya hanya 30% sahaja yang aku faham, itu pun buat-buat faham. Masakan tidak, modelling,MM5,MJO dan lain-lain yang aku tidak pernah terjumpa dalam silibus pengajianku setakat ini (Mungkin aku yang jahil?mungkin akan datang akan terjumpa?..tetapi tidak mungkin akan ada dalam silibus).

Yuran Seminar yang mampu menampung perbelanjaan makan minumku hampir sebulan di habiskan untuk seminar 2 hari. Tapi aku tak menyesal pun, sekurang-kurangnya seminar ini memberi pengalaman dan membuka minda ku dengan lebih luas. Mungkin sebagai movitasi kepada aku untuk terus belajar dan terus belajar. seminar ini membuatkan aku sedar, ilmu sarjana muda hanyala seciput jika dibandingkan dengan pembentang-pembentang yang hebat-hebat belaka (dalam bidang mereka la…)

Walaupun otak ku tak kenyang, sekurang-kurangnya perutku kenyang dengan makanan yang ala-ala mewah bagi orang tak berduit (walaupun tak mewah lansung, kat kg aku belambak makanan mcm tu).Kesimpulan dari seminar ini, ramai ilmuan yang berkumpul untuk mencari kaedah menghadapi perubahan iklim ini, tetapi masih ramai di luar sana yang tidak menyedari bom jangka berada dalam tangan mereka sendiri. Cerita panjang untuk seminar ini??tunggu lain masa dan waktu….

Wassalam

Comments
1 Comment »
Categories
Mindaku
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Sibuk, Sibuk & Sibuk…

tanpanama | Februari 3, 2008

titon

Salam,

Sudah lama aku tidak menulis, kerana kesibukan yang teramat sangat menyebabkan aku tidak dapat berfikir apa yang aku nak tulis. 2,3 minggu awal semester aku di sibukkan dengan program kitar semula, yang memerlukan pemerhatian serius, kalo tak jemput orang luar maka kehidupan aku lebih relax complex. Habis minggu kitar semula, aku di hidangkan dengan kelas ganti yang sememangnya membuatkan aku sibuk lagi, bayangkan kelas ganti tersebut 4 jam sekaligus, itu pun belum termasuk kelas-kelas yang sedia ada.

Walaubagaimanapun dalam kesibukan tersebut, otak ku ada juga terlintas tentang satu perkara yang aku berminat untuk meneroka dengan lebih jauh. Perkara tersebut adalah gabungan ilmu usul fiqh & kejuruteraan dengan alam sekitar. Iaitu menggunakan method al-qias dan proses istihalah + perkara yang tidak berguna (najis) = menjadi perkara yang berguna (suci). Mungkin perkara ini akan menimbulkan sedikit kontrovesi bagi mereka yang tidak tahu dengan jelas proses istihalah. Tetapi yang menjadi masalahnya, perkara itu masih terawan-awan dalam otakku sahaja, belum lagi di tulis dan di propos secara rasmi lagi.

masih banyak lagi perkara dalam mindaku, seperti global warming & Climate Change, tetapi kalo aku nak kaji sekaligus mungkin akan menyebabkan aku akan sibuk sampai tiada masa pun untuk update blog ini. Semoga umur ku dipanjangkan agar dapat aku mengkaji dan terus mengkaji hingga akhir hayat….kononnya…hahahah

Comments
No Comments »
Categories
Mindaku
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Kategori

  • Hipotesisku
  • Mindaku

Sumber Ilmu

  • al-Quran
  • Darul Kautsar
  • DOE
  • E-Hadith
  • EPA
  • Geo & Mineral
  • Meteorologi
  • MINT
  • Multaqa
  • USGS
  • WMO

ShoutBox

Last Message 1 month ago
  • luqman hakim : tentara alloh tak kan pernah kalah. mari bersama kita musnahkan kesesatan.
  • qohar : syiah lebih parah dari yahudi
  • hamdan : bersama, kita musnahkan syiah. karena mereka sesat dan menyesatkan.
  • Pierre : Your shoutbox is blank. Add a message!

Kiriman Terbaru

  • kaki judi
  • Mula bekerja
  • Pelaburan Tanpa Rugi!!!
  • Tahun baru… Apa yang baru?
  • Arah Mana?
  • berfikir
  • pedulikah kita?
  • sejarah kehidupan
  • mimpi
  • baik

Laman

  • ARTIKEL/BERITA
    • 5 pilihan atasi polemik ternak babi
    • Climate Change: Natural Phenomenon or Human Factor?
    • EPA Lays Groundwork for Promising Technologies to Help Mitigate Climate Change
    • Hakikat Perubahan Cuaca Dunia: Malaysia Tidak Terkecuali
    • Insan genius jadi pengebom bersiri
    • Pelajar universiti hanya baca 12 buku
    • Peranan ummah jaga alam
    • Tools Make Understanding Air Quality
    • Wahai pemimpin! kemewahan diri bukan kehebatanmu
  • KEBAJIKAN
    • Derma Kautsar
  • KULIAH
    • Sahih Bukhari
    • Sahih Muslim
    • Sunan Abu Daud
  • PROFIL
  • REVIEW BUKU
    • 50 Tokoh Islam Liberal INDONESIA
    • Fahami al-Quran
    • Manusia dan Kemanusiaan
    • Pendekatan Holistik Sains dan Agama
    • Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains
  • SANTAI
    • 10 Zulhijjah 1428
    • Ke Bukit Tagar…
    • Program Kitar Semula

 

Februari 2008
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

Arkib

  • Mei 2010
  • Februari 2010
  • Januari 2010
  • November 2009
  • Julai 2009
  • Mei 2009
  • April 2009
  • Mac 2009
  • Februari 2009
  • Januari 2009
  • Disember 2008
  • November 2008
  • Oktober 2008
  • September 2008
  • Ogos 2008
  • Julai 2008
  • Jun 2008
  • Mei 2008
  • April 2008
  • Mac 2008
  • Februari 2008
  • Januari 2008
  • Disember 2007
  • November 2007
  • Oktober 2007

Komen Terbaru

  • wani bagi Yang Pelik Itu Benar???
  • anarela bagi Haramkan rokok, bukan tak nak merokok!!!
  • izzat bagi Yang Pelik Itu Benar???
  • Wan bagi Perfume, Rambut & Sunnah??… Part 1
  • mamat bagi Konsep Pembangunan Lestari Di Negeri Kelantan - Part 1

Spam Blocked

4,681 komen spam
disekat oleh
Akismet

Meta

  • Log masuk
  • RSS Entri
  • RSS bagi komen-komen
  • WordPress.org
rss Comments rss valid xhtml 1.1 design by jide powered by Wordpress get firefox