Tanpanama Infiniti

minda dunia tanpa sempadan
  • rss
  • Home
  • SANTAI
    • Ke Bukit Tagar…
    • 10 Zulhijjah 1428
    • Program Kitar Semula
  • KULIAH
    • Sahih Bukhari
    • Sahih Muslim
    • Sunan Abu Daud
  • KEBAJIKAN
    • Derma Kautsar
  • ARTIKEL/BERITA
    • Pelajar universiti hanya baca 12 buku
    • Tools Make Understanding Air Quality
    • Wahai pemimpin! kemewahan diri bukan kehebatanmu
    • Peranan ummah jaga alam
    • Hakikat Perubahan Cuaca Dunia: Malaysia Tidak Terkecuali
    • Climate Change: Natural Phenomenon or Human Factor?
    • 5 pilihan atasi polemik ternak babi
    • EPA Lays Groundwork for Promising Technologies to Help Mitigate Climate Change
    • Insan genius jadi pengebom bersiri
  • REVIEW BUKU
    • Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains
    • Fahami al-Quran
    • Pendekatan Holistik Sains dan Agama
    • 50 Tokoh Islam Liberal INDONESIA
    • Manusia dan Kemanusiaan
  • PROFIL

Bersatu dengan Alam…

tanpanama | Januari 7, 2008

salam,

Ramai manusia yang aku temui mementingkan kesihatan, sama ada jasmani atau rohani. Dari isu riba, halal haram dalam makanan,ayam tidak sembelih, isu babi, ayam disuntik dengan bahan kimia yang tidak dibenarkan, toksik pada alat mainan kanak-kanak. Sehinggakan isu ubat gigi tidak di chop halal pun di jadikan isu. Sedangkan ubat gigi adalah barangan farmaseutikal, sama dengan ubatan lain, tidak perlu di chop halal, walaupun masa depan mungkin ini merupakan satu keperluan.

Ada juga manusia yang terlalu sibuk dalam ‘ibadat’, hidup mereka hanya dikelilingi solat,puasa,zakat (itupun jika mereka bayar),…Satu perkara yang manusia terlepas pandang ialah berkaitan dengan alam sekeliling, ini adalah perkara yang tidak ‘nampak’ sedangkan realitinya mereka nampak. Apa guna pemakanan di jaga jika alam sekeliling tidak dipelihara, apa guna kereta mewah dengan plate satu angka jika satu masa asap dari kereta tersebut memakan diri kita, apa guna berumah tangga tinggi mengcakar langit jika hari-hari menghirup udara yang kotor, kerana sebahagian udara yang kotor berada di bahagian atas, bukannya bahagian bawah, kecuali beberapa perkara.

Malaysia masih ketinggalan dalam isu ‘bersatu’ dengan alam, walaupun bergelar negara Islam,tetapi Islam hanya pada mykad sahaja, bukan pada individu itu sendiri. Umat Islam yang sejati sepatutnya telah melihat peringatan dari Allah s.w.t 1400 tahun yang lepas dalam surah ar-ruum ayat 41 yang bermaksud Telah nampak kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). Sayangnya ayat itu hanya di baca (jika ia dibaca) dengan lenggok suara yang syok sendiri sahaja, tanpa memahami maksud ayat itu dengan lebih mendalam.

Sedang dunia berlumba-lumba mempromosi enjin kereta mesra alam.. kita masih lagi mempromosi kereta yang layak di jadikan tukun…

Comments
No Comments »
Categories
Mindaku
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Cuti yang ‘Istimewa’…

tanpanama | Januari 1, 2008

Salam,

Semester baru sudah bermula, bermakna cuti sebulan lebih aku telah pun tamat. Musim cuti telah aku pergunakan dengan sebaiknya untuk mengubah cara berfikir, menuntut ilmu secara tidak paksa, minum air coconut shake yang tidak pernah ditemui di KL dan pelbagai ragam lagi. Satu dua perkara yang aku rasa tidak akan lupa hingga aku tua kelak, bila mana aku temui seorang dua manusia yang ‘pelik’ pada pandangan orang berakal.

Ketika menunggu untuk mendengar kuliah pengajian hadith sunan Abu Daud di Masji Muhammadi KB, aku ‘didatangi’ oleh seorang pakcik tua yang meluahkan masalah anaknya. Aku tidak kenal orang tua tersebut dan beliau juga tak kenal aku, tetapi beliau menceritakan sebegitu detail perkara yang melanda anaknya,walhal masalah anaknya datang dari orang tua itu sendiri. Bapa mana yang tidak risau memikirkan masa depan anaknya, tetapi kerisauan orang tu ini tidak kena pada tempatnya. Orang tua ini memaksa anaknya (perempuan) memutuskan perhubungan dengan seorang lelaki, alasan yang diberikan oleh orang tua ini ialah, kawan lelaki anak perempuannya adalah seorang yang HITAM LEGAM.

Bagi aku, tidak mengapa kulit luar hitam asalkan dalamannya bersih, dan ini diakui oleh pakcik itu sendiri. tetapi ntah mengapa orang tua ini tidak dapat menerima kehitaman lelaki tersebut…….

Perkara yang melucukan dan memelikkan aku ‘terjumpa’ ketika bercuti baru-baru ini,  ‘terserempak’ dengan seorang perempuan berpurdah, dan tidak keterlaluan jika aku katakan di sebalik purdahnya ada wajah-wajah Iblis. Ini bukan bermaksud aku anti-purdah, tetapi akibat menyalahgunakan purdah maka pelbagai perkara yang tiada tetapi di ada-adakan. Analis terakhir yang dapat aku simpulkan tentang perempuan tersebut, dia mempunyai masalah mental yang teramat dasyat. Orangnya berilmu, berfakta dan pandai bercakap, sayang seribukali sayang masalah psiko yang melanda dirinya mengapuskan kelebihan yang ada pada dia….

Mungkin ada sebabnya aku ‘terjumpa’ dengan manusia seperti ini, mungkin ilmu sosiologi aku belum matang…  ilmu bukan sahaja  dapat diperolehi tanpa melalui proses pembacaan tetapi pengalaman. Sesungguhnya Manusia adalah ciptaan yang complicated.

Comments
No Comments »
Categories
Mindaku
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Kategori

  • Hipotesisku
  • Mindaku

Sumber Ilmu

  • al-Quran
  • Darul Kautsar
  • DOE
  • E-Hadith
  • EPA
  • Geo & Mineral
  • Meteorologi
  • MINT
  • Multaqa
  • USGS
  • WMO

ShoutBox

Last Message 1 month ago
  • luqman hakim : tentara alloh tak kan pernah kalah. mari bersama kita musnahkan kesesatan.
  • qohar : syiah lebih parah dari yahudi
  • hamdan : bersama, kita musnahkan syiah. karena mereka sesat dan menyesatkan.
  • Pierre : Your shoutbox is blank. Add a message!

Kiriman Terbaru

  • kaki judi
  • Mula bekerja
  • Pelaburan Tanpa Rugi!!!
  • Tahun baru… Apa yang baru?
  • Arah Mana?
  • berfikir
  • pedulikah kita?
  • sejarah kehidupan
  • mimpi
  • baik

Laman

  • ARTIKEL/BERITA
    • 5 pilihan atasi polemik ternak babi
    • Climate Change: Natural Phenomenon or Human Factor?
    • EPA Lays Groundwork for Promising Technologies to Help Mitigate Climate Change
    • Hakikat Perubahan Cuaca Dunia: Malaysia Tidak Terkecuali
    • Insan genius jadi pengebom bersiri
    • Pelajar universiti hanya baca 12 buku
    • Peranan ummah jaga alam
    • Tools Make Understanding Air Quality
    • Wahai pemimpin! kemewahan diri bukan kehebatanmu
  • KEBAJIKAN
    • Derma Kautsar
  • KULIAH
    • Sahih Bukhari
    • Sahih Muslim
    • Sunan Abu Daud
  • PROFIL
  • REVIEW BUKU
    • 50 Tokoh Islam Liberal INDONESIA
    • Fahami al-Quran
    • Manusia dan Kemanusiaan
    • Pendekatan Holistik Sains dan Agama
    • Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains
  • SANTAI
    • 10 Zulhijjah 1428
    • Ke Bukit Tagar…
    • Program Kitar Semula

 

Januari 2008
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

  • Mei 2010
  • Februari 2010
  • Januari 2010
  • November 2009
  • Julai 2009
  • Mei 2009
  • April 2009
  • Mac 2009
  • Februari 2009
  • Januari 2009
  • Disember 2008
  • November 2008
  • Oktober 2008
  • September 2008
  • Ogos 2008
  • Julai 2008
  • Jun 2008
  • Mei 2008
  • April 2008
  • Mac 2008
  • Februari 2008
  • Januari 2008
  • Disember 2007
  • November 2007
  • Oktober 2007

Komen Terbaru

  • wani bagi Yang Pelik Itu Benar???
  • anarela bagi Haramkan rokok, bukan tak nak merokok!!!
  • izzat bagi Yang Pelik Itu Benar???
  • Wan bagi Perfume, Rambut & Sunnah??… Part 1
  • mamat bagi Konsep Pembangunan Lestari Di Negeri Kelantan - Part 1

Spam Blocked

4,682 komen spam
disekat oleh
Akismet

Meta

  • Log masuk
  • RSS Entri
  • RSS bagi komen-komen
  • WordPress.org
rss Comments rss valid xhtml 1.1 design by jide powered by Wordpress get firefox