Tanpanama Infiniti

minda dunia tanpa sempadan
  • rss
  • Home
  • SANTAI
    • Ke Bukit Tagar…
    • 10 Zulhijjah 1428
    • Program Kitar Semula
  • KULIAH
    • Sahih Bukhari
    • Sahih Muslim
    • Sunan Abu Daud
  • KEBAJIKAN
    • Derma Kautsar
  • ARTIKEL/BERITA
    • Pelajar universiti hanya baca 12 buku
    • Tools Make Understanding Air Quality
    • Wahai pemimpin! kemewahan diri bukan kehebatanmu
    • Peranan ummah jaga alam
    • Hakikat Perubahan Cuaca Dunia: Malaysia Tidak Terkecuali
    • Climate Change: Natural Phenomenon or Human Factor?
    • 5 pilihan atasi polemik ternak babi
    • EPA Lays Groundwork for Promising Technologies to Help Mitigate Climate Change
    • Insan genius jadi pengebom bersiri
  • REVIEW BUKU
    • Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains
    • Fahami al-Quran
    • Pendekatan Holistik Sains dan Agama
    • 50 Tokoh Islam Liberal INDONESIA
    • Manusia dan Kemanusiaan
  • PROFIL

Fart!!! Ver. I

tanpanama | Disember 27, 2007

Salam,

Seringkali saya berfikir alanglah eloknya jika kita dapat memikirkan apa yang tidak pernah orang lain terfikir. Malangnya jika kita terfikir sesuatu perkara dan membelek sehelai dua buku-buku, kita akan temui perkara yang kita terfikir sudah lama orang lain memikirkannya. Bagi mereka yang syok sendiri, boleh jadi mereka akan merasa megah dengan idea-idea ‘baru’ mereka tanpa menyemak terlebih dahulu.

Semasa kecil saya sendiri pun pernah ’syok’ sendiri dengan mencuba memikirkan perkara yang dirasakan orang lain tidak pernah terfikir. saya pernah terfikir, adakah seorang bayi jika kita mengajar kucing itu kerbau, rumah itu manusia dan perkara yang sekitarnya dengan menyongsangkan sesuatu perkara akan di’pegang’ oleh bayi itu hingga dewasa?, tetapi bila memasuki alam pengajian tinggi rupanya ada orang lain yang telah memikirkan perkara yang sama.adakah manusia akan mengenal dengan sendirinya perkara disekitarnya?Sesuatu yang jarang difikirkan manusia (barangkali) adalah mengenai kentut…ini juga perkara sekeliling mereka…..

Setiap hari manusia berkentut, tetapi berapa ramai manusia yang memikirkan mekanisme kentut?kelebihan kentut?kaitan kentut dari sudut saintifik dan Agama? Walaubagaimanapun ‘Kelebihan’ kentut itu bukan terletak pada bau dan bunyinya, kerana ramai manusia akan menutup hidung mereka secara drastik tanpa berfikir terlebih dahulu kenapa mereka menutup hidung dan kenapa mereka tidak menutup telinga mereka?adakah bunyi kentut itu sangat merdu?.

Bagi saya kelebihan kentut ini terletak pada proses mekanisme pengeluaran kentut itu. Dalam setiap saat berjuta manusia berkentut,tetapi isu kentut tidak pernah di bahaskan dalam mana-mana persidangan antarabangsa tentang masalah Alam sekitar. Dalam sidang protokol kyoto yang berlaku di indon baru-baru ini (december 2007) tidak di bincangkan isu pencemaran bunyi & Udara dari kentut ini…..

Comments
No Comments »
Categories
Hipotesisku
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

‘Pengorbanan’ Sejati…

tanpanama | Disember 21, 2007

Salam,

Hari pertama Eidul Adha menyaksikan ‘aku’ mengorbankan seekor lembu dalam keadaaan berlumpur akibat kesan hujan musim tengkujuh. Ini sudah dikira bernasib baik sebab kampung aku tidak di naiki air sedangkan kampung lain boleh jadi mereka terpaksa mengorbankan lembu atas perahu atau rakit. Hari kedua eidul adha menyaksikan 2 bijik enset aku hilang berserta duit dalam dompet yang mampu menanggung perbelanjaan makan ku selama dua minggu.

Mungkin nilai ini tidak banyak pada pandangan manusia yang kaya raya,tetapi bagi diri ku yang serba dhaif ini, nilai ini amat tidak ternilai dan ini belum dikira kehilangan barang kemas mama ku yang bernilai ribuan ringgit. Sudah di takdirkan di luh mahfuz bahawa rumah aku akan dimasuki pencuri pada hari kedua eidul adha akibat kecuaian aku jua..(mungkin). Aku sedaya upaya untuk bersangka baik dengan apa yang berlaku atas diriku, dan boleh jadi ada hikmahnya kehilangan dua henset aku. Semoga aku terus di beri kekuatan untuk menghadapi rintangan yang bakal tiba… inilah perkara diluar jangkaan yang aku tidak jangkakan….Dua hensetku di ‘korban’kan….. :P

p/s: gambar-gambar raya korban diletakkan di ruangan santai….

Comments
1 Comment »
Categories
Mindaku
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Apabila ‘Kera’ Ingin Menjadi Manusia…

tanpanama | Disember 6, 2007

Salam,

Ini bukan teori bodoh darwin, kera atau beruk berevolusi menjadi manusia, ini juga bukan salah satu dari sepuluh perbalahan hebat dunia (great feuds in science), tetapi ini merupakan perkara yang berlaku dari dulu, kini dan mungkin akan datang. Kera yang aku maksudkan bukanla kera yang berbulu perang seluruh badan dan bergayu atas pokok sambil memakan buah-buahan, tetapi kera yang menjadi sumbang dalam populasi manusia. Pengalaman aku yang hidup selama 23 tahun lebih ini mengesahkan spesies ini tidak akan berubah tabiatnya dan mungkin tidak akan berubah selamanya.

Kadang-kadang aku benci pada manusia seperti ini, tetapi kadang-kadang aku berasa simpati pada mereka. Spesies jenis ini otaknya tidak berkembang, tetapi menyangka otaknya berkembang. Aku pernah ‘berjumpa’ dengan spesies begini, hanya kerana motorsikal rosak, mak bapak di kampung yang di talifon, sedangkan rakan serumah tidak diberitahu. Aku tidak tahu adakah spesies ini mempunyai sifat kasih sayang dengan manusia yang lain, adakah mereka mempunyai kasih sayang terhadap fakir miskin, jiran tetangga, mangsa perang,mangsa bencana alam,anak yatim dan muslim yang lain?…

Aku juga pernah ‘melihat’ ‘kera’ yang terlalu ingin menjadi manusia. Untuk mempublickan kepada manusia lain bahawa dia bukan spesies kera sumbang, maka diletakkan dalam friendster, high5, dan medium seumpama dengannya, gambar ‘dia’ dengan kawan-kawannya, kononnya ‘dia’ bukan seorang kera sumbang, kononnya ‘dia’ mencampuri manusia lain dan masyarakat sekitar, walhal gambar itu di ambil sekali seumur hidup, itupun masyarakat yang mencarinya bukan ‘dia’ mencari masyarakat.

Manusia spesies ini di kutuk oleh Allah s.w.t , ini seperti yang di sabdakan Oleh Nabi s.a.w, Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: Bacalah (Quran): “Seandainya kamu berkuasa apakah kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan (kasih sayang)? Mereka itulah orang-orang yang dikutuk Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka. Maka apakah mereka tidak memerhatikan Quran atau hati mereka telah terkunci?” (Muhammad, 47:22-24). (Riwayat Muslim: No. 2184).

Tidak dinafikan ada batasannya dalam pergaulan antara lelaki dan wanita, tetapi itu bukan halangan mutlak untuk manusia mencampuri dengan manusia yang lain. Kesan jangka masa panjang manusia spesies ini ialah masyarakat mungkin tidak akan tahu kewujudannya dalam alam realiti ini, hidup mati mereka tiada siapa peduli. Adakah manusia seperti ini akan diterima masuk ke dalam Syurga? kalaulah mereka memerhatikan hadith Nabi s.a.w yang berbunyi Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW., bersabda: “Kamu tidak dapat masuk syurga, sebelum kamu beriman. Dan kamu belum dapat dikatakan mu’min, sebelum kamu kasih mengasihi satu sama lain. Sukakah kamu aku tunjukkan jalan untuk berkasih-kasihan? Galakkanlah salam antara sesamamu!” (Riwayat Muslim: No. 42), sudah pasti mereka tidak akan memundurkan diri mereka ke tahap ‘kera’!!!.

Ketahuilah ‘kera’ ini jika bercampur dengan manusia, mereka akan bercakap perkara yang sudah lapuk isunya, kerana tahap perkembangan otak mereka amat lembap yakni akan sama seperti kera sebenar. Persoalanya sekarang, adakah spesies ini juga termasuk dalam kategori seorang yang pentingkan diri sendiri??, jika begitu maka bertambah parah lagi tahap nya. Terlalu banyak hadith-hadith supaya manusia bermasyarakat, kerana ini merupakan salah satu punca kekuatan umat Islam. Apalah guna Tuhan menciptakan sekelian banyak manusia atas muka bumi ini?adakah untuk hidup sebagai makhluk asing?, makhluk asing pun hidup bermasyarakat…(jika ada…) :)

Wallahu’alam

Comments
5 Comments »
Categories
Mindaku
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

MenAlternatifkan Sumber Tenaga …

tanpanama | Disember 3, 2007

salam,

spekulasi baru-baru ini mengatakan harga petrol akan naik 80 sen, satu angka yang besar walaupun nampak kurang seringgit. Walauapapun itu hanyala spekulasi semata-mata, kerana menurut pakar-pakar ekonomi negara, paling tinggi harga petrol akan naik mungkin hanya 30 sen ’sahaja???’.

30 sen bukanla angka yang sedikit, kerana bukan sahaja petrol yang akan naik, umumnya semua sudah maklum dengan teori kadaran bahawa petrol berkadar terus dengan harga barangan-barangan yang lain. naik petrol maka semua akan naik. Para sarjana telah berhempas pulas memerah otak dari hari kehari , bukan sahaja negara kita bahkan negara-negara yang maju 500 tahun dari negara kita untuk mencari sumber tenaga selain petrol. Malangnya hingga ke saat ini tiada satu pun sumber tenaga yang sesuai untuk menggantikan petrol…. Dari penyelidikan kepada minyak sawit, air, tenaga solar, arang batu dan lain-lain, semuanya hampa. Bidang aku bukan bidang tenaga, tetapi untuk mencari sumber tenaga yang sesuai untuk permukaan bumi memerlukan juga orang seperti aku…hehehe.

Salah satu sumber tenaga yang aku berminat untuk terokai ialah ‘air’, persoalannya adakah air boleh jadi kan sumber tenaga? pandangan orang kita air hanyalah untuk minum, basuh kencing berak , wudhuk,mandi wajib dan seumpama dengannya. bagaimana air yang boleh memadamkan kebakaran boleh menjadi bahan bakar? bersambung……heh

Comments
No Comments »
Categories
Mindaku
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Kategori

  • Hipotesisku
  • Mindaku

Sumber Ilmu

  • al-Quran
  • Darul Kautsar
  • DOE
  • E-Hadith
  • EPA
  • Geo & Mineral
  • Meteorologi
  • MINT
  • Multaqa
  • USGS
  • WMO

ShoutBox

Last Message 1 month ago
  • luqman hakim : tentara alloh tak kan pernah kalah. mari bersama kita musnahkan kesesatan.
  • qohar : syiah lebih parah dari yahudi
  • hamdan : bersama, kita musnahkan syiah. karena mereka sesat dan menyesatkan.
  • Pierre : Your shoutbox is blank. Add a message!

Kiriman Terbaru

  • kaki judi
  • Mula bekerja
  • Pelaburan Tanpa Rugi!!!
  • Tahun baru… Apa yang baru?
  • Arah Mana?
  • berfikir
  • pedulikah kita?
  • sejarah kehidupan
  • mimpi
  • baik

Laman

  • ARTIKEL/BERITA
    • 5 pilihan atasi polemik ternak babi
    • Climate Change: Natural Phenomenon or Human Factor?
    • EPA Lays Groundwork for Promising Technologies to Help Mitigate Climate Change
    • Hakikat Perubahan Cuaca Dunia: Malaysia Tidak Terkecuali
    • Insan genius jadi pengebom bersiri
    • Pelajar universiti hanya baca 12 buku
    • Peranan ummah jaga alam
    • Tools Make Understanding Air Quality
    • Wahai pemimpin! kemewahan diri bukan kehebatanmu
  • KEBAJIKAN
    • Derma Kautsar
  • KULIAH
    • Sahih Bukhari
    • Sahih Muslim
    • Sunan Abu Daud
  • PROFIL
  • REVIEW BUKU
    • 50 Tokoh Islam Liberal INDONESIA
    • Fahami al-Quran
    • Manusia dan Kemanusiaan
    • Pendekatan Holistik Sains dan Agama
    • Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains
  • SANTAI
    • 10 Zulhijjah 1428
    • Ke Bukit Tagar…
    • Program Kitar Semula

 

Disember 2007
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Arkib

  • Mei 2010
  • Februari 2010
  • Januari 2010
  • November 2009
  • Julai 2009
  • Mei 2009
  • April 2009
  • Mac 2009
  • Februari 2009
  • Januari 2009
  • Disember 2008
  • November 2008
  • Oktober 2008
  • September 2008
  • Ogos 2008
  • Julai 2008
  • Jun 2008
  • Mei 2008
  • April 2008
  • Mac 2008
  • Februari 2008
  • Januari 2008
  • Disember 2007
  • November 2007
  • Oktober 2007

Komen Terbaru

  • wani bagi Yang Pelik Itu Benar???
  • anarela bagi Haramkan rokok, bukan tak nak merokok!!!
  • izzat bagi Yang Pelik Itu Benar???
  • Wan bagi Perfume, Rambut & Sunnah??… Part 1
  • mamat bagi Konsep Pembangunan Lestari Di Negeri Kelantan - Part 1

Spam Blocked

4,681 komen spam
disekat oleh
Akismet

Meta

  • Log masuk
  • RSS Entri
  • RSS bagi komen-komen
  • WordPress.org
rss Comments rss valid xhtml 1.1 design by jide powered by Wordpress get firefox