Perfume, Rambut & Sunnah??… Part 1
tanpanama | Oktober 28, 2007Salam,
Ini merupakan tulisan lama ku ketika mula berjinak dengan dunia ‘bloging’ dan sedikit tokok tambah berdasarkan pemerhatian semasa. Sebagai peringatan diharap sesiapa yg terbaca tulisan ini dapat membaca dengan pemikiran terbuka dan berlapang dada, tulisan ini khas untuk lelaki dan bukan untuk perempuan, kerana rambut perempuan telah jelas/qatie ia adalah aurat, sesiapa yg mempermainkan isu ini boleh rosak aqidahnya, begitu juga perfume untuk perempuan…nak tak nak kena terima perempuan di larang memakai ferfume yg kuat baunya, paling dibenarkan pun adalah memakai untuk mengelakkan/menghilangkan bauan yg tidak elok khasnya ketiak dan lain-lain….hoho (dibenarkan secara bersyarat)… Tulisan ini berkisahkan adakah Rambut panjang itu sunnah dan adakah memakai perfume beralkohol itu juga sunnah?

Seringkali bila mana aku menghadiri majlis ilmu, mata-mata akan tertumpu padaku, bukan bermakna aku seorang hensem lagi bergaya, malah aku juga bukan artis popular, otak aku mengatakan mungkin disebabkan penampilan aku yang tidak sesuai untuk majlis ilmu, dengan rambut yg panjang tidak berkopiah dan ber T-shirt biasa, tidak menampakkan islamic pada pandangan masyarakat melayu khususnya. Mind setting orang melayu ialah, berambut pendek,mesti berkopiah dan berbaju melayu paling kurang, barulah betul-betul Islamic. Oleh itu,aku meneliti sedikit sebanyak hadith-hadith berkenaan rambut panjang ini, maka Kesimpulan yg aku dapati berdasarkan ilmu yg terhad ini, berambut panjang Itu termasuk dalam katogeri Sunnah Jibliyyah, yakni gaya/fasion Nabi S.a.W.
Memakai Serban juga termasuk dalam katogeri sunnah ini, iaitu sunnah yg bukan di sangat-sangat dituntut,tetapi dalam masa yg sama kita tidak boleh menghina @ memperlekehnya walaupun ia hanya sunnah ‘kecil’, hadith-hadith berkenaan Ciri-ciri rambut Nabi S.A.W terlalu banyak dan salah satunya dikumpul oleh imam Al-Tirmudzi (209H-279H), yang terkenal dengan kitab Sunan Al-Tirmudzinya. Hadith tersebut terdapat didalam bab mengenai rambut Rasulullah saw (باب ما جاء في شعر رسول الله صلى الله عليه وسلم), hadith bernombor 24: Diriwayatkan oleh Hanad bin as-Sirri, dari ‘Abdurrahman bin Abi Zinad, dari Hisyam bin ‘Urwah, dari bapaknya, dari ‘Aisyah r.a. pernah berkata : “Aku dan Rasulullah saw. mandi dari tempayan yang sama. Beliau memiliki rambut (yang panjangnya) sampai di atas bahu dan di bawah daun telinga”
—————————————–
Terdapat pula dalam Sunan Ibnu Majah, pada bab. “Thaharah” Hadits no. 604, juga terdapat dalam Sunan Ibnu Majah, bab. “Pakaian” Hadits no. 3635.
—————————————–
Daripada Anas bin Malik r.a berkata: “Adalah rambut rasul s.a.w sehinga ke separuh telinganya”, Daripada Aisyah r.anha berkata: “Aku telah mandi bersama rasulullah daripada satu bekas yg sama dan adalah rambut baginda berada atas bahu dan tanpa wafrah”, Daripada Ibn Abbas r.a berkata: “Sesungguhnya nabi s.a.w menguntaikan rambutnya, dan adalah orang musyrik membahagikan rambut-rambut mereka, dan adalah ahli kitab menguntaikan rambut-rambut mereka, dan adalah baginda menerima cara ahli kitab selagi mana tidak diperintah di dalamnya sesuatu, kemudian rasulullah s.a.w membezakan rambutnya”
(Ruj: as-Shamaail al-Muhammadiyyah, Imam at-Tirmizi, m/s 30, cet Darul Faiha’ Dimasq)
Ada juga yang berkata, ‘urf sekarang lelaki tidak sesuai berambut panjang, bagi aku pendapat ini pun kurang memuaskan, siapa yang menetap sedemikian???bagi aku trend berambut panjang ni akan terus berulang. Dalam riwayat yang lain pun ada dinyatakan sahabat-sahabat Nabi S.A.W berambut panjang, seperti yang terdapat dalam sunan abu daud dan sesetengah ulama’ juga memakruhkan mencukur rambut kerana ia boleh menyerupai sesuatu kaum seperti yang disabdakan oleh Nabi S.A.W dalam Riwayat bukhari :
“Akan keluar sekumpulan manusia dari arah timur, mereka membaca al-Quran tidak lebih hingga leher mereka. Mereka keluar dari agama seperti mana anak panah keluar dari busarnya, kemudian mereka tidak kembali lagi (kepada agama seumpama) sehingga kembalinya anak panah ke busarnya. Ditanya kepada Nabi saw : Apakah tanda-tanda mereka ? Jawab Nabi saw : “tanda-tanda mereka ialah mereka suka mencukur kepala.”
Kesimpulannya, dalam bab rambut ni aku bukan nak bincang yang mana lebih afdhal, cuma janganlah kita mudah bersangka tidak elok kepada mereka yang berambut panjang ini,boleh jadi mereka ingin mengamalkan sunnah walaupun ia kecil ia tetap sunnah dan lebih baik dari mereka yang banyak berkata-kata tetapi tidak mengamalkan sunnah walaupun sebesar zarah. Perhatikanlah ayat dari surah al-hujerat [49:12] Allah S.W.T telah berfirman Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa….
bersambung part II….










Komen Terbaru