Tanpanama Infiniti

minda dunia tanpa sempadan
  • rss
  • Home
  • SANTAI
    • Ke Bukit Tagar…
    • 10 Zulhijjah 1428
    • Program Kitar Semula
  • KULIAH
    • Sahih Bukhari
    • Sahih Muslim
    • Sunan Abu Daud
  • KEBAJIKAN
    • Derma Kautsar
  • ARTIKEL/BERITA
    • Pelajar universiti hanya baca 12 buku
    • Tools Make Understanding Air Quality
    • Wahai pemimpin! kemewahan diri bukan kehebatanmu
    • Peranan ummah jaga alam
    • Hakikat Perubahan Cuaca Dunia: Malaysia Tidak Terkecuali
    • Climate Change: Natural Phenomenon or Human Factor?
    • 5 pilihan atasi polemik ternak babi
    • EPA Lays Groundwork for Promising Technologies to Help Mitigate Climate Change
    • Insan genius jadi pengebom bersiri
  • REVIEW BUKU
    • Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains
    • Fahami al-Quran
    • Pendekatan Holistik Sains dan Agama
    • 50 Tokoh Islam Liberal INDONESIA
    • Manusia dan Kemanusiaan
  • PROFIL

kaki judi

tanpanama | Mei 14, 2010

Salam,

Dua tiga hari sibuk isu lesen  judi. Berlesen atau tidak, judi tidak akan menjadi halal. Ibarat cuba membasuh daging babi untuk di masak. Ada yang membantah ada yang bersorak riang. Beruntungnya mereka yang membantah jika mereka Islam. Alangkah ruginya mereka bersorak jika mereka Islam. Yang memberi lesen sudah tentu orang Islam kerana orang besar negara kita adalah orang Islam. Kalo bukan tahi judi mungkin juga kaki judi, keduanya maksud yang sama dengan bau busuk yang sama. Yang penting, Manusia yang bertuhankan wang akan mencari jalan untuk menghalalkan judi.

Apabila otak sekular, Quran hadith belakang cerita. Akhirat belum tentu ada dalam otak mereka. Ini Malaysia, bukan Las Vegas. 70 peratus adalah Islam tanpa mengira bangsa (termasuk yang celup). Tuhan tidak mengharam sesuatu tanpa sebab, kalo tanpa sebab pun itu adalah hak DIA kerana dia Tuan punya langit dan bumi. Nyawa orang berjudi adalah pinjaman dariNYA nyawa orang yang memberi lesen judi juga pinjaman dariNYA. Malangnya apabila bercakap tanpa filter Agama yang kukuh, seolah mereka lebih pandai dari Tuhannya. Ini jenis Manusia yang tidak sedar status diri mereka. Hinanya… Mazhab mana yang diikuti tidak pasti, yang pasti tidak ada dalam ajaran empat Mazhab Utama  hatta dalam mazhab yang sesat sekalipun. Harapnya perut buncit mereka bukan dari hasil judi…

Comments
No Comments »
Categories
Mindaku
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Mula bekerja

tanpanama | Februari 6, 2010

salam,

Kalo di dunia offline, boleh dikatakan blog saya ini sudah berhabuk. Bukan saya tidak ingin menulis, tetapi saya terlalu sibuk dengan kerja baru saya ini. Sehinggakan ia tidak selesai ditempat kerja, bahkan masuk dalam mimpi saya juga.

Saya berharap kerja pertama ini merupakan langkah pertama untuk saya menjadi seorang yang berguna untuk Agama, keluarga dan negara.

saya  bekerja sebagai?

………. Apa yang penting ia merupakan sebuah projek menaiktaraf jalanraya

Comments
1 Comment »
Categories
Mindaku
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Pelaburan Tanpa Rugi!!!

tanpanama | Januari 8, 2010

salam,

sila klik pada gambar di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

darulkautsar

Comments
No Comments »
Categories
Mindaku
Tags
Tambah label baru
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Tahun baru… Apa yang baru?

tanpanama | Januari 2, 2010

Salam,

Disamping ramai yang “lepak” di masjid untuk solat gerhana, ramai juga manusia berjoget berpesta untuk menyambut tahun baru. Saya terfikir apa yang baru untuk tahun baru? yang berubah hanyalah 2009 kepada 2010. Ekonomi negara tidak berubah positif menjelang detik 00:00, yang naik ketika itu ialah harga gula dan harga minyak dunia. Maka kemanisan menyambut tahun baru tidak ada kerana kita menjalankan kempen kurangkan gula dengan menaikkan harga.

Sikap manusia juga tidak berubah ketika detik itu. Malah, ada yang menjadi “monyet” melompat-lompat tak tentu hala.Ramai juga yang “membakar” wang mereka semata-mata untuk melihat bungai api dan bunyi yang merdu berdentum dentam.

Untuk berubah daripada kedekut kepada pemurah tidak memerlukan perubahan tahun, tetapi perubahan dalaman. Tidak ada guna tahun bertambah tetapi sikap kedekut berubah kepada bakhil.

Bagi budak-budak kita jangan ambil kira, sudah tentu mereka akan bersorak gembira kerana mendapat beg baru,kasut baru dan pakaian sekolah yang baru. Ini untuk si kaya, bagaimana pula si miskin? adakah ketika masuk 1 januari 2010 mereka akan kaya sekelip mata. Budak-budak tetap budak-budak, yang baru bagi mereka tidak akan bertahan lama, lama kelamaan akan menjadi buruk juga. Kita yang dewasa tidak mahu yang baru itu akan menjadi buruk. Apa yang kita mahu ialah yang baru akan terus baru dan seterusnya di perbaharui.

Comments
1 Comment »
Categories
Mindaku
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Arah Mana?

tanpanama | November 9, 2009

p3

Salam,

Ramai manusia hidup atas muka bumi ini, tetapi berapa ramai manusia yang tahu arah mana kehidupan mereka akhirnya? kiri atau kanan, Kekayaan atau kemiskinan, Syurga atau Neraka atau bagaimana?

Terlalu lama saya tidak menjenguk rumah alam maya saya, bukan tidak mahu menulis tetapi tidak tahu apa yang harus di tulis. Konflik di merata tempat, disana sini.

Saya akan kembali menulis, tetapi penulisan akan datang akan ada arahnya yang sebenar. Masih lagi dalam proses menghabiskan  pertapaan untuk menghasilkan neuron-neuron baru.

Wassalam

Comments
2 Comments »
Categories
Mindaku
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

berfikir

tanpanama | Julai 3, 2009

op_65

salam,

“Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir”. [Al Jaatsiyah:13]

Sekadar pencarian saya dengan terhadnya ilmu pada diri ini telah saya temui lebih kurang 10 ayat al-Quran tentang berfikir. Salah satunya seperti yang saya tuliskan diatas. 1001 maksud barangkali yang boleh ditafsirkan berdasarkan ayat tersebut, kerana al-Quran “sifatnya” jika di cari gali sepuluh kali sekalipun tidak akan habis “hartanya”.

Secara mudahnya, Allah s.w.t menyuruh kita berfikir selagi mana boleh berfikir dan terus berfikir hingga akhir hayat. Tidak ada manusia yang normal tidak suka berfikir barangkali kerana lembu sememangnya tidak berfikir.Pencuri mahupun perogol ada fikiran mereka tersendiri dalam merancanakan projek mereka.  Saya terfikir untuk menulis tentang berfikir kerana akhir-akhir ini saya kurang berfikir. Tidak seperti dahulu kala dimana setiap hari perlu memikirkan “masalah” dalam subjek-subjek kursus saya. Tamatnya pengajian peringkat sarjana muda menyebabkan sedikit malas berfikir. Bukan tidak mahu berfikir tetapi tidak tahu apa yang perlu difikirkan. Berfikir untuk bekerja? sejauh mana kita boleh berfikir jika kita tidak bekerja? berfikir untuk mencari kerja? sudah difikirkan berbulan lamanya.

Tuhan tidak menjadikan manusia itu seorang mahupun dua, tetapi ramai. Manusia diciptakan bukan untuk bertumbuk tetapi salah satu sebabnya sebagai merangsang pemikiran antara satu sama lain.  Walaubagaimanapun wujud manusia yang suka berfikir seorang diri yang tidak suka bertukar fikiran dengan manusia yang lain. Barangkali terasa mindanya hebat, walhal mereka hanya berfikir dalam ruang lingkup kecil yang sememangnya lebih kecil dari kotak mancis. Keputusan yang diterbitkan dari minda manusia jenis ini selalunya berbentuk muktamad yang tidak boleh dipertikailan lagi. Inilah tanda manusia yang tidak boleh dijadikan pemimpin.

Sebuah kisah menarik ketika mana saya menghadiri satu seminar tentang dinar emas yang mana di ucaprasmikan oleh NC UM. Menurut beliau percanggahan pemikiran dengan isterinya adalah perkara yang lazim, tetapi tidak sampai bercerai berai bahkan bahagia hingga ke hari ini.  Sudah semestnya walhasil percanggahan pemikiran ini telah meransangkan lagi pemikiran beliau. Inilah contoh manusia yang bijaksana menangani percanggahan pemikiran.

Akal yang statik tidak akan membawa kemajuan kepada manusia, bahkan ramai ahli pemikir seperti edward debono “mencipta” kaedah dinamik dalam berfikir. Saya tidak memuja sarjana barat, tetapi tidak salah jika kita mengambil satu dua gaya berfikir mereka selagi mana akal tidak mengatasi wahyu. Orang islam yang berfikir hingga hari akhirat dipanggil bijaksana yang sebaliknya sudah tentu bijaksini.

Yang pasti, budaya berfikir dalam masyarakat kita tidak bercambah, barangkali orang kita hanya nak menjadi pak hangguk semata.

Comments
No Comments »
Categories
Mindaku
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

pedulikah kita?

tanpanama | Mei 3, 2009

salam,

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [al-Hujuraat: 13]

Kehidupan di dunia ini kadangkala menyeronokkan, kadangkala mendukacitakan. Apatah lagi bilamana seseorang itu kehilangan sesuatu yang amat dihargai dalam  kehidupannya. Manusia sudah tentu tidak mampu hidup seorang diri. Secara tabienya Tuhan menciptakan Hawa sebagai teman hidup untuk Adam.

Sifat manusia yang memerlukan interaksi antara mereka tidak boleh dipertikaikan lagi. Walaubagaimanapun, wujud beberapa spesies manusia jenis membutakan mata memekakkan telinga mereka. Bukan mereka kera sumbang, tetapi tidak berminat untuk mengambil tahu beberapa perkara semasa.

Pernah saya menguji beberapa individu tentang isu semasa seperti ekonomi,politik, sukan dan lain-lain. Walaupun mereka ini bergelar mahasiswa, tetapi yang ada dalam kotak pemikiran kemahasiswaan mereka ialah hanya belajar dan terus belajar sehingga mendapatkan segulung ijazah tanpa memikirkan suatu hari nanti mereka juga akan bergelar bukan mahasiswa.Walhal keputusan yang diperolehi bukanlah tinggi sangat.

Ketahuilah kehidupan kita atas muka bumi ini bukan sekadar menjadi mahasiswa semata, tetapi lebih dari itu. Ada yang pemikiran mereka jenis skeptism terhadap perkataan politik. Saya tidak menyuruh mereka terlibat dengan politik, bahkan saya sendiri tidak terlibat dengan politik. Tetapi atas dasar manusia yang prihatin, isu-isu politik dalam negara kita mesti di ambil kira. Alasan mereka politik adalah suatu yang kotor. Saya tidak menafikan hal itu, analogi mudah ialah pisau, apabila pisau digunakan untuk membunuh sudah tentu penyalahgunaan pisau berlaku.

Politik boleh disucikan, tetapi bagaimana? al-Quran dan sunnah telah memberikan jawapanya yang terang benderang lagi. Yang tinggal hanya mahu atau tidak untuk melaksanakannya.

Untuk melihat dunia bukanlah hanya menumpu pada media massa sahaja, pemikiran mestilah mencapah dan menumpu serta holistik. Apabila kita melihat, berjalan dan menerokai dunia ini insyaAllah kita akan menjadi insan yang peduli.

Comments
No Comments »
Categories
Mindaku
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

sejarah kehidupan

tanpanama | April 7, 2009

salam,

Apabila kita meninggalkan dunia yang fana ini, menjadi sejarahlah kehidupan kita selagi mana dunia ini belum tamat riwayatnya. Samada sejarah kita akan diketahui umum atau tidak ia adalah perkara yang kedua. Blog ini juga akan menjadi sejarah jika empunya laman ini meninggalkan dunia tanpa meninggalkan pewaris yang kini belum lagi dilahirkan kerana ketika ini tuan punya laman ini belum lagi berkahwin.

Suatu ketika dahulu, saya merupakan “orang kuat tido” dalam subjek sejarah, bukanlah sejarah itu tidak menarik, tetapi  disebabkan oleh sebab-sebab yang tidak perlu dinyatakan  disini.(walaupun saya mendapat A dalam SPM…:P)

Sejarah mempunyai kehebatannya tersendiri.  Dalam al-Quran pelbagai kisah sejarah yang diwahyukan kepada Nabi s.a.w untuk dijadikan petunjuk kepada umatnya. Walaubagaimanapun amat malang sekali hari ini apabila sejarah Nabi s.a.w telah dipalsukan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab yang menyebabkan sedikit sebanyak telah mencemarkan peribadi junjungan kita.

al-Quran “memaparkan” sejarah bukan untuk dibaca berlagu sambil kita syok sendiri sahaja, tetapi pengajaran dan iktibar itulah yang menjadi matlamat kita.

Sukacitanya saya sepanjang kehidupan hingga hari ini saya telah menemui beberapa individu yang sudi berkongsi sejarah kehidupan mereka. Saya menilai salah satu kebijaksaan manusia yang bijaksana dan cemerlang adalah manusia yang sudi berkongsi sejarah kegemilangan mereka. Saya bersangka baik kepada mereka. Bukanlah mereka ingin menunjuk-nunjuk atau bongkak menzahirkan kehebatan mereka, tetapi kadang-kadang sejarah kehidupan merekalah yang akan memberi momentum perubahan kepada diri kita.

Kehidupan kita adalah kehidupan sementara, maka apakah sejarah kegemilangan yang kita akan tinggalkan atas dunia ini? Belajar, bekerja dan berkahwin serta beranak pinak tidak  akan menjanjikan kegemilangan dalam kehidupan…

Comments
2 Comments »
Categories
Mindaku
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

mimpi

tanpanama | Mac 13, 2009

titonyn6

salam,

Seorang pelajar telah berusaha menyelesaikan soalan matematik PMR sebelum tidur, walaubagaimanapun dia gagal menyelesaikanya lalu tertidur, dalam “mimpinya” beliau berjaya menyelesaikan soalan matematik tersebut yang tidak mampu di selesaikan oleh gurunya juga… Persoalannya adakah ini dikira mimpi?? Sejak dari dulu kala lagi saintis sekular telah sedaya upaya mengkaji tentang mimpi ini, tetapi mimpi hanyalah mimpi yang tidak mungkin akan memberikan kepastian 100%, kerana kajian mereka memisahkannya dengan Agama.

Ketika saya sedang menulis entry ini saya berada dalam hampir 100% sedar dengan mata yang celik, minda yang terbuka dan lapang dadanya. Ini bukan mimpi, mana mungkin dalam mimpi saya dilihat oleh orang yang sedar dan waras otaknya.Alkisahnya saya menulis tentang mimpi ini kerana saya telah bermimpi yang benar dalam dunia realitinya tentang sesuatu perkara malahan mimpi itu berlaku ketika mana saya tertidur dalam kelas reka bentuk konkrit prategasan.

Read the rest of this entry »

Comments
No Comments »
Categories
Mindaku
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

baik

tanpanama | Februari 17, 2009

friends-cats-large

salam,

Dalam dunia ini ada dua perkara, “baik & jahat”. Ini sememangnya telah ditetapkan oleh Allah s.w.t suatu ketika dahulu dalam sifat makhlukNya. Apabila adanya baik sudah tentu adanya jahat.

Untuk menjadi baik, sudah tentu tidak semudah untuk menjadi jahat. Kerana apabila lahirnya manusia sudah “ditanamkan” kepada mereka nafsu dan syaitan. Inilah kemuncak halangan dalam diri manusia.

“baik” adalah perkara subjektif jika kita meletakkan akal mengatasi wahyu untuk menilainya, Islam ‘turun’ ke dunia ini untuk men ’standard’kan baik pada tempat yang betul. Adakah dikira baik seseorang non-muslim itu mendermakan wangnya untuk tabung masjid? saya pernah melihat keadaan demikian, jawapannya adalah TIDAK!!!, kerana ia bukan Muslim. Sama juga wanita yang berusaha untuk mencari tempat solat, tetapi dalam masa yang sama wanita itu berpakaian seksi dan mencolok mata.

Baik pada pandangan manusia tidak semestinya baik pada pandangan Tuhan yang Esa. Bagaimana untuk mempastikan setiap perbuatan itu baik pada pandangan Allah s.w.t ? Sudah tentu dengan pentafsiran quran dan sunnah dengan akal yang sejahtera. Tidak baik pada pandangan manusia belum tentu tidak baik pada pandangan Allah s.w.t

Saya merupakan insan yang ingin berubah menjadi semakin baik dan terus baik , semoga hari esok lebih baik daripada hari ini. insya Allah.

Comments
1 Comment »
Categories
Mindaku
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

« Previous Entries

Kategori

  • Hipotesisku
  • Mindaku

Sumber Ilmu

  • al-Quran
  • Darul Kautsar
  • DOE
  • E-Hadith
  • EPA
  • Geo & Mineral
  • Meteorologi
  • MINT
  • Multaqa
  • USGS
  • WMO

ShoutBox

Last Message 2 months, 2 weeks ago
  • Pierre : Your shoutbox is blank. Add a message!

Kiriman Terbaru

  • kaki judi
  • Mula bekerja
  • Pelaburan Tanpa Rugi!!!
  • Tahun baru… Apa yang baru?
  • Arah Mana?
  • berfikir
  • pedulikah kita?
  • sejarah kehidupan
  • mimpi
  • baik

Laman

  • ARTIKEL/BERITA
    • 5 pilihan atasi polemik ternak babi
    • Climate Change: Natural Phenomenon or Human Factor?
    • EPA Lays Groundwork for Promising Technologies to Help Mitigate Climate Change
    • Hakikat Perubahan Cuaca Dunia: Malaysia Tidak Terkecuali
    • Insan genius jadi pengebom bersiri
    • Pelajar universiti hanya baca 12 buku
    • Peranan ummah jaga alam
    • Tools Make Understanding Air Quality
    • Wahai pemimpin! kemewahan diri bukan kehebatanmu
  • KEBAJIKAN
    • Derma Kautsar
  • KULIAH
    • Sahih Bukhari
    • Sahih Muslim
    • Sunan Abu Daud
  • PROFIL
  • REVIEW BUKU
    • 50 Tokoh Islam Liberal INDONESIA
    • Fahami al-Quran
    • Manusia dan Kemanusiaan
    • Pendekatan Holistik Sains dan Agama
    • Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains
  • SANTAI
    • 10 Zulhijjah 1428
    • Ke Bukit Tagar…
    • Program Kitar Semula

 

Julai 2010
I S R K J S A
« Mei    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

  • Mei 2010
  • Februari 2010
  • Januari 2010
  • November 2009
  • Julai 2009
  • Mei 2009
  • April 2009
  • Mac 2009
  • Februari 2009
  • Januari 2009
  • Disember 2008
  • November 2008
  • Oktober 2008
  • September 2008
  • Ogos 2008
  • Julai 2008
  • Jun 2008
  • Mei 2008
  • April 2008
  • Mac 2008
  • Februari 2008
  • Januari 2008
  • Disember 2007
  • November 2007
  • Oktober 2007

Komen Terbaru

  • izzat bagi Yang Pelik Itu Benar???
  • Wan bagi Perfume, Rambut & Sunnah??… Part 1
  • mamat bagi Konsep Pembangunan Lestari Di Negeri Kelantan - Part 1
  • bintunzuhan bagi Mula bekerja
  • bintunzuhan bagi Menjangka Di Luar Jangkaan…

Spam Blocked

4,661 komen spam
disekat oleh
Akismet

Meta

  • Log masuk
  • RSS Entri
  • RSS bagi komen-komen
  • WordPress.org
rss Comments rss valid xhtml 1.1 design by jide powered by Wordpress get firefox